Mageran Ala Mahathir – Hanya Untuk Angkat Kelompok Elitas

Mageran Ala Mahathir – Hanya Untuk Angkat Kelompok Elitas

1. Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN) pada dasarnya berperanan untuk memastikan ketenteraman awam, memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum.

2. Penubuhan MAGERAN 1969 adalah perlu ketika itu bagi menangani permasalahan yang timbul rentetan daripada tragedi selepas tragedi 13 Mei 1969 dan menyelesaikan isu kesenjangan ekonomi.

3. Berbeza dengan senario sekarang, alasan untuk penubuhan MAGERAN di saat krisis kesihatan yang negara alami adalah berbeza dengan fungsi asal MAGERAN 1969.

4. Oleh itu, cadangan yang diutarakan oleh Tun untuk menubuhkan sebuah badan seperti MAGERAN atau MAGERAN ala Mahathir harus ditolak.

5. Cadangan ini hanya untuk mengangkat kelompok Elitas untuk berkuasa dan mengawal negara dengan menolak amalan demokrasi.

6. Saya menyambut baik kenyataan pimpinan Pakatan Harapan agar parlimen kembali dibuka dan menamatkan darurat segera. Bagi menangani kemelut yang melanda baik segi ekonomi, pentadbiran, politik serta sosial , amalan demokrasi harus dilaksana dengan baik.

7. Saya juga menyelar kenyataan Tun bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiada solusi untuk menangani isu sekarang. Kenyataan Tun tak lain tak bukan bertujuan memberi imej negatif kepada Dato’ Seri Anwar. Ini bukan kali pertama. Ternyata Tun terdesak tatkala rakyat semakin yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rakyat tidak lagi percaya kepada Tun.

Aizuddin Ariffin
Ketua Penerangan AMK Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *