Mandat Penuh Untuk YB Larry SNG Wei Shien Terus Memimpin

Mandat Penuh Untuk YB Larry SNG Wei Shien Terus Memimpin

MANDAT PENUH UNTUK YB LARRY SNG WEI SHIEN TERUS MEMIMPIN
1. Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak telah mengadakan Mesyuarat MPN tergempar pada hari ini dan mesyuarat telah membincangkan secara mendalam perkara – perkara yang timbul berkaitan dengan isu hasrat Pengerusi MPN, YB Larry Sng hendak meletak jawatan.
2. Setiap ahli KEADILAN diperingatkan berterusan bahawa KEADILAN merupakan parti pelbagai kaum dan latarbelakang yang mendukung setiap bakat kepimpinan berdasarkan merit keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
3. Mesyuarat MPN Sarawak pada hari ini telah mengambil ketetapan – ketetapan seperti berikut:
3.1. Hasrat YB Larry Sng Wei Shien untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi MPN ditolak sebulat suara oleh semua ahli MPN Sarawak; dan
3.2. Seterusnya YB Larry Sng Wei Shien disokong dengan mandat yang penuh dan sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat MPN Sarawak untuk meneruskan kepimpinannya sebagai sebagai Pengerusi MPN sehingga pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan datang.
4. Justeru ahli – ahli KEADILAN di seluruh Sarawak diminta bertenang dan memberi sokongan yang tanpa berbelah bahagi kepada semua kepimpinan parti dari peringkat pucuk pimpinan sampai ke cabang.
5. KEADILAN Sarawak juga menyeru kepada Cabang-Cabang dan ahli-ahli KEADILAN seluruh Sarawak agar terus bersatu dan menumpukan kepada usaha yang berterusan dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat di setiap cabang dan kawasan masing-masing.
ABUN SUI ANYIT
KETUA PENERANGAN MPN
KEADILAN SARAWAK
BAGI PIHAK KEADILAN SARAWAK

Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *