Carian
June 13, 2020

Menteri Besar Selangor Kecam Tindakan Dr Daroyah Alwi

Kenyataan Media
13 Jun 2020

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, YB Dr Daroyah Alwi yang telah mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Tindakan ini jelas satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat yang telah memberi mandat jelas kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir Negeri Selangor melalui Pilihanraya Umum Ke-14 yang lepas.

Keutamaan Kerajaan Negeri Selangor pada masa ini adalah untuk menggembleng inisiatif membantu rakyat Selangor yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Susulan peletakan jawatan beliau, saya menggesa YB Dr Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah. Manakala peletakan jawatan beliau selaku Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor akan diuruskan oleh Pejabat Dewan Negeri Selangor melalui YB Speaker selanjutnya.

Saya yakin ADN KEADILAN serta semua lapisan jentera KEADILAN terutamanya Ketua-ketua Cabang KEADILAN merasa mual dengan politik separa matang yang tidak berkesudahan. KEADILAN dan PH Selangor beriltizam berkhidmat sedaya-upaya demi menghormati mandat rakyat.

YAB Dato' Seri Amirudin Shari
Pengerusi
Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor

Related Posts
crossmenuchevron-up