Menteri Gagal Atasi Kenaikan Harga Barang Harus Letak Jawatan

Menteri Gagal Atasi Kenaikan Harga Barang Harus Letak Jawatan

Jawatankuasa kos Sara Hidup Pakatan Harapan memandang serius tentang kenaikan harga barang-barang makanan seperti ayam, telur ayam dan sayur-sayuran yang berlaku sekarang.

Ahli-Ahli Parlimen PH telah kerap membangkitkan isu ini di Parlimen dengan tujuan supaya Menteri dan Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil langkah-langkah segera menyelesaikan masalah kenaikan harga barang asas makanan Rakyat.

Banyak cadangan konkrit telah dikemukakan kepada Menteri serta Timbalan Menteri KPDNHEP di Parlimen tetapi sehingga ke hari ini ternyata Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan telah gagal menangani krisis kenaikan harga barang-barang makanan untuk Rakyat. Kini harga roti juga telah naik. Tidak lama lagi harga tepung, gula dan beras juga dilaporkan akan naik.

Justeru itu JK Kos Sara Hidup Pakatan Harapan merumuskan bahawa Kerajaan yang ada sekarang telah gagal mengatasi isu kenaikan harga barang-barang makanan. Maka kami mendesak kedua-dua orang Menteri Dan Timbalan Menteri KPDNHEP supaya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan.

MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan:-
YB Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN)
YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH)
YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP)
YB Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)
YB Norhayati Bachok (Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH)
YB Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP)
YB Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH)
YB Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *