Menteri KPWKM Sepatutnya Menerajui Kementerian Selaku Frontliner Dan Bukannya Menjadi Front Cover

Menteri KPWKM Sepatutnya Menerajui Kementerian Selaku Frontliner Dan Bukannya Menjadi Front Cover

Merujuk kepada laporan media yang tular memaparkan gambar-gambar sensasi Menteri YB Dato Seri Rina Harun di Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga Masyarakat (KPWKM), saya berpandangan gambar sensasi tersebut adalah keterlaluan di saat kita berhadapan dengan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kes penderaan kanak-kanak yang meningkat dalam tempoh pandemik.

Sebagai Kementerian utama yang menganani isu-isu kebajikan rakyat dalam tempoh pandemik, imej KPWKM sepatutnya dilihat sebagai kementerian barisan hadapan (“frontliner”) dan bukannya menjadi “front cover” yang memaparkan foto-foto sensasi Menteri KPWKM.

Saya mendokong penuh semua aktiviti yang memaparkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan mental dalam usaha melestarikan tauladan kehidupan yang sihat dan sejahtera terutamanya pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Oleh itu, saya juga mengucapkan tahniah atas kerjayaan peribadi Menteri yang telah berusaha membudayakan gaya hidup sihat.

Tetapi pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan YB Menteri bahawa kegagalan dan kelambatan pembentangan RUU Akta Gangguan Seksual yang sepatutnya berlaku di sesi sidang parlimen yang lepas telah mengakibatkan rakyat khususnya warga wanita masih terdedah kepada ancaman gangguan seksual tanpa perlindungan di sisi undang – undang.

Oleh demikian, Wanita KEADILAN menawarkan khidmat nasihat guaman kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum wanita yang menjadi pemandiri gangguan seksual.

Kami juga komited untuk melaksanakan program-program advoaksi dan pendidikan berkaitan gangguan seksual di seluruh negara khususnya agenda “Komuniti Waspada” dalam usaha memberdaya komuniti dan mempertingkatkan kesedaran awam.

FADHLINA SIDDIQ
PENGERUSI BIRO GUAMAN DAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
WANITA KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *