Carian
September 8, 2021

Mewarta Semula Hutan Simpan Utara Kuala Langat Menunjuk Kesediaan Dan Keberanian Kerajaan Selangor Mendengar Suara Rakyat

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Besar, Dato Seri Amiruddin Shari dan Exco Kerajaan Negeri Selangor kerana telah memutuskan untuk mewartakan semula Hutan Simpan Utara Kuala Langat (KLNFR).

Ini menunjukkan kesediaan dan keberanian Kerajaan Negeri Selangor untuk mendengar suara pemimpin, NGO alam sekitar, wakil rakyat dan rakyat yang prihatin dan cinta alam sekitar. Keprihatinan dan nasihat Presiden Parti Keadilan Rakyat Dato Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Pakatan Harapan Selangor turut dialu-alukan,

Keputusan untuk menambah lagi 1,436 ekar kepada inventori Hutan Simpan negeri Selangor dan memberi tanah kepada Orang Asli Busut Baru juga disambut baik. Keberanian dan kepimpinan yang ditunjukkan dalam semua keputusan hari ini oleh Dato Seri Amiruddin Shair mesti dipuji.

Hari ini menunjukkan bahawa untuk Malaysia maju ke depan demi kebaikan semua, demokrasi partisipatif dalam penglibatan dan proses membuat sesuatu keputusan demi rakyat harus digalakkan dan diwajibkan. Di Selangor, kita bernasib baik kerana terdapat proses pendengaran awam yang wajib untuk mana-mana hutan simpan yang bakal dinyahwartkan. Saya berharap peruntukan ini akan dimasukkan dalam Akta Perhutanan Negara 1984 untuk melindungi hutan simpan di negara ini yang semakin terjejas kerana kegiatan dan aktiviti ekonomi.
YB Elizabeth Wong
Pengerusi, Majlis Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Negeri Selangor
merangkap ADUN Bukit Lanjan

Related Posts
crossmenuchevron-up