MUDA FIASCO

MUDA FIASCO

1. Mana-mana parti politik dalam negara ini boleh menyatakan hasrat untuk sertai mana-mana gabungan politik yang wujud.

Dalam konteks PH, keputusan tetap terletak pada Majlis Presiden PH yang hari ini dipengerusikan oleh DSAI.

2. Banyak prasyarat yang perlu dipertimbang sebelum keputusan dicapai. Banyak laluan yang perlu ditempuh selain Majlis Presiden.

Sehingga kini, di peringkat AMK, KEADILAN, malah Majlis Presiden PH; tiada perbincangan khusus pernah diadakan berkait hasrat MUDA tersebut.

3. Tiada jalan mudah buat MUDA.

MUDA perlu mula dengan lebih tertib; selesaikan perbincangan soal kemasukan sebelum bercakap soal kerusi. Itu adalah disiplin asas sebuah gabungan.

Apabila semua dirangkum dan diumum dalam kenyataan pertama, ia dilihat agak tergesa-gesa.

4. Dalam membuat keputusan, Pakatan Harapan perlu rujuk beberapa perkara penting; paling ketara adalah pendapat dan sentimen dalam kalangan akar umbi.

Rata-rata akar umbi dan pimpinan AMK serta KEADILAN dilihat tidak senang dengan perkembangan ini, dan ianya adalah berasas.

5. Pengalaman lampau seperti dalam dua pilihan raya negeri, soal jalinan yang pernah dibuat bersama parti-parti lain yang menolak kepimpinan PH, serta pertembungan demografi antara lainnya memberi kesan kepada penerimaan ramai dalam kalangan KEADILAN khususnya terhadap MUDA.

6. Dalam soal kritikan terbuka terhadap MUDA yang melibatkan sebahagian anggota dan pimpinan parti terutama dari AMK; ia adalah suara dan keresahan akar umbi yang tidak boleh didiamkan. Maka perlu ia ditenung dan didengari. Demokrasi itu sentiasa hingar.

7. Akhir sekali, setiap pertimbangan dan keputusan perlu dibuat dengan wajar dan rasional selain menghormati pandangan ramai.

Keputusan kita perlulah sesuai keperluan, dan tidak bertentangan dengan apa yang sudah dimiliki dan dibina oleh gabungan hari ini.

8. Hormati hak untuk menyatakan tentangan dan pandangan; hormati disiplin dan keharmonian gabungan; hormati perjuangan panjang yang diwarisi kita hari ini. Semoga kita beroleh hikmah.

Adam Adli
Ketua Angkatan Muda Keadilan


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *