Muhyiddin Abaikan Industri Daging Tempatan Punca Harga Daging Mahal

Muhyiddin Abaikan Industri Daging Tempatan Punca Harga Daging Mahal

Saya merujuk kepada janji Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin pada 23 April yang berkata kerajaan harus proaktif bagi menangani isu kenaikan harga barang keperluan utama yang membebankan golongan berpendapatan rendah menerusi pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan.

Kerajaan Muhyiddin sebenarnya harus menangani isu harga barangan keperluan yang makin meningkat khususnya daging lembu secara menyeluruh yang merupakan makanan hidangan utama pada musim perayaan Hari Raya Aidifitri dan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Laporan Kajian Pasaran Sektor Makanan 2019 oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), kadar sara diri (SSR) daging lembu pada 2018 dalam Malaysia adalah berada pada kadar yang rendah (22%) kerana kekurangan pengeluaran daging lembu tempatan. Oleh yang demikian, Malaysia terpaksa memenuhi keperluan daging lembu dalam negara melalui sumber pengimportan yang terhad.

Keikhlasan kerajaan Muhyiddin dalam usaha ini sangat meragukan jika kita merujuk kepada Laporan Bajet MAFI 2021 mukasurat 13, di bawah Kod 22500(Projek Lembu Pedaging) menunjukkan kerajaan hanya membelanja RM100 daripada baki Jumlah harga projek RM 8,134,000 pada tahun 2020. Ia terbukti bahawa projek tersebut sudah terbengkalai pada tahun 2020.

Kerajaan sewajarnya tidak mempunyai alasan lagi untuk melengahkan pelaksanaan reformasi dalam sektor ruminan.

Saya mendesak agar kerajaan Muhyiddin mengambil kira cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam laporan yang sama iaitu memecahkan oligopoli dalam kalangan pengeksport daging lembu dengan memperbanyak pusat sembelih yang layak supaya meningkatkan persaingan pengusaha, sekaligus memastikan kualiti daging terjamin.

Pada masa yang sama, kerajaan Muhyiddin harus mengaktifkan kembali tanah ternakan kerajaan dan kemudahan jabatan yang terbiar atau yang tidak dioptimakan penggunaanya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan. Contohnya, kerajaan mempunyai beribu ekar tanah di Projek Pertanian Modern (PPM) Kluang dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluruh negara yang belum mencapai tahap penggunaan yang optimum.

Demi menggalakkan industri ternakan ruminan tempatan, kerajaan juga boleh menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri atau pembekal perkhidmatan utiliti dengan menawarkan tanah seperti rizab rintis TNB, tanah rizab di permukaan laluan paip gas dan rizab JPS tepi sungai bagi kegunaan tanaman makanan ternakan (napier atau jagung).

Akhir kata, saya menggesa agar Kerajaan Muhyiddin melaksanakan reformasi dalam sektor ruminan yang telah dicadangkan di atas.

Loh Ker Chean
Mantan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *