Selamat Datang ke KEADILAN

Baca Lanjut

Jasa Kaum Pekerja

Sumbangan Para Pekerja Malaysia amat besar dalam usaha pemulihan ekonomi negara. "Setakat 14 Mac 2021, pengeluaran i-sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan," kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Wang berbilion ringgit itu adalah wang pekerja…

Cubaan Bunuh: Muhyiddin Perlu Jelaskan

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum satu kenyataan yang dibuat Penolong Pengarah Unit Cawangan Khas Bahagian Anti-Pengganas (E8) bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mematahkan cubaan seorang pengganas pada Januari 2020, untuk membunuh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas menteri-menteri Lim Guan Eng dan Datuk Seri…

Adakan PRU Hanya Selepas Pelaksanaan UNDI 18

Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam keras pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini untuk menangguhkan pelaksanaan Undi 18 serta pendaftaran automatik pengundi ke 1 September 2022. Ini jelas melanggar keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan bersejarah pada Julai 2019, bagi membolehkan warga negara berusia 18…

Pemaju Diberikan Pampasan, Pembeli Rumah PR1MA Terbengkalai Tidak Dibela?

Saya telah bersemuka dengan pembeli-pembeli rumah PR1MA Melaka Tengah 2 yang melahirkan rasa kecewa dan kesal mengenai projek perumahan tersebut yang telah terbengkalai. Turut bersama bagi mendengar keluhan pembeli atau mangsa-mangsa rumah terbengkalai tersebut adalah Datuk Halim Bachik, pengerusi KEADILAN Melaka, YB Rusnah Aluai, Ahli Parlimen Tangga Batu serta sdr Prasanth Kumar,…

Pusat Asuhan Untuk Anak-anak Petugas Barisan Hadapan Mesti Diberi Keutmaan

Kami telah menerima banyak aduan berkaitan kesukaran petugas-petugas barisan hadapan (“frontliners”) untuk anak-anak mereka dijaga oleh pusat asuhan kanak-kanak semasa bertugas. Ada pusat-pusat asuhan kanak-kanak yang enggan menerima dan menjaga anak-anak kepada petugas-petugas barisan hadapan, terutama petugas-petugas dari Kementerian Kesihatan yang berdepan terus dengan pesakit atau potensi pesakit COVID-19. Isu…

Penafian Azmin Tidak Membantu Negara Untuk Melangkah Ke Hadapan

Saya terkilan dengan penafian yang dibuat oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Malaysia kehilangan pelaburan asing terutamanya Syarikat Multinasional yang besar ke negara-negara lain di rantau ini. Laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) dengan jelas menyatakan bahawa Pelaburan Asing ke…

AMK Menjunjung Prinsip Keadilan Dalam Demokrasi, Usaha Gerrymandering Wajib Ditolak

Beberapa tindakan Kerajaan Perikatan Nasional kebelakangan ini dilihat begitu membimbangkan dan mengancam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Satu daripada tiga cabang utama negara iaitu Parlimen masih digantung dan gagal berfungsi sepertimana yang sepatutnya. Ini membuka ruang kepada manipulasi sistem demokrasi dan pentadbiran negara yang lebih kritikal serta berpotensi menjerumuskan…