Pembubaran DUN Melaka,TYT Sepatutnya Ikut Process

Pembubaran DUN Melaka,TYT Sepatutnya Ikut Process

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membincangkan keadaan politik semasa di Melaka, termasuk pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Dato’ Sri Utama Dr Ali Rustam, telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap beliau pada Isnin lalu, berdasarkanPerlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri tersebut telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati TYT.

TYT sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka, serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.

Malangnya tindakan TYT ini bukan sahaja telah melanggari duluan (precedent) bagi Melaka itu sendiri di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu (YB Adly Zahari) untuk membubarkan DUN tidak diterima setelah hilang majoriti, malah ianya juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar Jamaluddin lawan Zambry Abdul Kadir di mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN.

Majlis Presiden turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka ini telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri diadakan, yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik COVID-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.

DS Anwar Ibrahim
Parti KeadilanRakyat (KEADILAN)

Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

DSP Madius Tangau
PertubuhanKinabalu Progresif


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *