Pertemuan Khas MPP dan Ahli Parlimen KEADILAN

Pertemuan Khas MPP dan Ahli Parlimen KEADILAN

PERTEMUAN KHAS DENGAN MPP DAN AHLI PARLIMEN KEADILAN

 

Hari ini Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan menerusi Zoom dengan ahli Majlis Pimpinan Pusat serta wakil-wakil rakyat KEADILAN. Presiden menekankan beberapa perkara penting yang perlu diingat untuk KEADILAN terus bergerak ke hadapan, termasuk keperluan meningkatkan usaha kami untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

 

Anwar memberi penekanan kepada jurucakap Parlimen KEADILAN tentang keperluan sentiasa bekerja keras di portfolio masing-masing, tidak kiralah di dalam atau di luar Parlimen. Mereka tidak boleh berfungsi hanya untuk menyatakan pendirian parti semata-mata, tetapi perlu bertindak sebagai penjaga kepentingan awam mengikut portfolio masing-masing.

 

Penting untuk mereka bekerja secara aktif dan sering berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran berkaitan dengan sektor yang berada di bawah portfolio mereka.

 

Hanya dengan mendengarkan rintihan rakyat kita dapat mengenal pasti cara untuk membantu negara kita pulih dan makmur. Beliau menggesa semua anggota KEADILAN untuk terus berkhidmat dan membantu masyarakat setempat semasa berlakunya wabak Covid-19. Anwar memberi penekanan khusus kepada Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan agar bekerja keras tangani cabaran rakyat di negeri-negeri tersebut akibat wabak Covid.

 

Walaupun pelbagai SOP yang berkaitan dengan kesihatan perlu dipatuhi, kita harus tetap membantu rakyat Malaysia, terutama anggota masyarakat kita yang paling berisiko.

 

Akhir sekali, Anwar memberi penerangan mengenai situasi terkini, termasuk majlis mengadap beliau dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.

 

Anwar meminta kami untuk menyeru semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan terus mendoakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara kita.

 

DATO SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGUNG

PARTI KEADILAN RAKYAT

 

 

SPECIAL MEET WITH KEADILAN CENTRAL LEADERSHIP COUNCIL AND MEMBERS OF PARLIAMENT

 

Today KEADILAN President Datuk Seri Anwar Ibrahim had a meeting via Zoom with KEADILAN’s Central Leadership Council and legislators. He stressed several important points to bear in mind moving forward, including the need increase our efforts to serve the people of Malaysia.

 

He emphasised particularly to KEADILAN’s parliamentary spokespersons that they need to work constantly at and on their respective portfolios both inside and outside Parliament.

 

They must not only articulate the party’s stands on the various issues but also act as guardians of the public interest in their portfolios. Moreover, it is essential that they actively and constantly engage with stakeholders on the challenges facing our country in relation to the sectors that come under them. It is only by listening to the rakyat that we can identify ways to help our country recover as well as prosper.

 

Anwar moreover urged all KEADILAN members to continue to serve and indeed, ramp up their assistance to their local communities during the on-going Covid-19 pandemic. He gave special emphasis to the Selangor and Negeri Sembilan Menteri Besars to work hard in dealing with the challenges from Covid.

 

While the various health-related SOPs need to be strictly obeyed, KEADILAN cannot let up in uplifting all Malaysians to the best of our abilities, especially the most vulnerable members of our society.

 

Finally, Anwar updated them on recent developments, including his audience next week with His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong. He urged them to call all Malaysians to remain calm and to continue to pray for His Majesty as well as for our country.

 

DATO SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SECRETARY GENERAL

PARTI KEADILAN RAKYAT


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *