Peruntukan Spektrum 5G melalui SPV Langgar Janji Telus Dan Adil

Peruntukan Spektrum 5G melalui SPV Langgar Janji Telus Dan Adil

Kerajaan akan melaksanakan peruntukan Spektrum 5G melalui Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle-SPV) dengan cara sewaan dalam melakukan pengagihan. Perlaksanaan yang dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin bin Abdullah telah melanggar janji untuk melaksanakan secara telus dan adil.

Pada tahun lepas, Jawatankuasa Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi telah didedahkan bahawa peruntukan quota spektrum tersebut terus kepada beberapa syarikat tanpa melalui tender terbuka. Pada masa tersebut, perkara yang paling kontroversial ialah syarikat Altel yang dimiliki oleh usahawan Tan Sri Syed Mokhtar juga memperolehi peruntukan spektrum 2x5mhz yang diberikan secara langsung oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Selepas skandal yang didedahkan tahun lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah membuat pusing ‘U’ dengan membatalkan peruntukan spektrum 2x5mhz kepada syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar dengan alasan untuk mengamalkan prinsip ketelusan. Namun begitu, Kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan penubuhan SPV dibawah Kementerian Kewangan untuk membangun dan menguruskan kemudahan 5G serta menggunakan cara sewaan kepada syarikat telekomunikasi. Tidakkah kaedah peruntukan ini juga bertentangan dengan ‘prinsip ketelusan’yang dijanjikan oleh Menteri pada tahun lepas?

Saya berpendapat bahawa sebarang projek yang melibatkan kepentingan awam, perlaksanaan tender terbuka adalah cara yang paling telus dan adil. Agensi khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk membina atau membentuk perkhidmatan 5G sendiri dan satu-satunya cara syarikat komunikasi menyediakan perkhidmatan 5G kepada pengguna adalah dengan menyewa infrastruktur 5G daripada SPV ini. Tindakan ini telah memberi kuasa kepada pemerintah untuk memonopoli pasaran 5G dan menyebabkan pasaran hilangan daya saingan yang adil. Ia adalah tidak menghairankan, Kerajaan akan menampung dan mengendali secara sepenuhnya dalam kos pengembangan 5G serta menentukan kadar sewaan. Tindakan tersebut bukan sahaja tidak efisyen dan ia membuka ruang yang lebih besar untuk penyalahgunaan kuasa serta penyewelengan.

Saya juga khuatir sekiranya penyewelengan berlaku, sebayak 32 juta rakyat Malaysia terpaksa menanggung harga perkhidmatan 5G yang tinggi. Peruntukan spektrum 5G tidak berubah menjadi adil dan saksama dengan sikap ‘U-turn; oleh Kerajaan Perikatan Nasional, tetapi ia bertambah teruk.

Ketika pemerintahan Pakatan Harapan, kerajaan pernah menjanjikan bahawa pengagihan spektrum 5G akan diperuntukkan melalui tender terbuka dengan adil dan saksama, serta menggalakkan syarikat telekomunikasi untuk terlibat sekali melalui usahasama, agar dapat mengoptimumkan peruntukan sumber dalam pembangunan perkhidmatan 5G.

Industri telekomunikasi di kebanyakan negara telah membentuk kumpulan Usahasama (Konsortium) untuk terlibat dalam proses tender dan operasi, Saifuddin perlu memperjelaskan mengapa hanya negara kita yang mengambil langkah mundur ke belakang. Saifuddin pada asalnya adalah Menteri Pakatan Harapan dan terlibat dalam Kabinet untuk menyokong tender terbuka tetapi kenapa Saifuddin sekarang berbeza dengan dia yang dulu?

KEADILAN semestinya akan melakukan peruntukan projek spektrum 5G melalui tender terbuka bagi mendorong industri telekomunikasi yang besar dan hebat di negara kita untuk mengetuai dalam perkembangan perkhidmatan 5G. Saya turut menggesa Kerajaan Perikatan Nasional untuk mendengar saranan daripada pemain industri dan institusi pelaburan antarabangsa Fitch untuk melaksanakan rancangan dan projek yang lebih efisyen, telus dan progresif.

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *