Carian
June 13, 2021

PH Minta Bantuan One-Off Dinaikkan Dari RM500 Ke RM2,000

Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan mengambil pendirian yang konstruktif dengan menyokong keputusan Kerajaan untuk melanjutkan penutupan penuh Fasa Kedua di seluruh negara selama 14 hari dari 14 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

Kita boleh bersetuju dengan perlanjutan ini kerana kes yang dilaporkan masih tinggi iaitu setiap hari tidak kurang dari 5000 kes. Namun, pakej bantuan kepada rakyat yg
terkesan dan menyeluruh mesti diberikan:-

1.Bantuan one-off RM500 (pendapatan bawah RM2,500.00) atau RM300 (RM2,500.00-RM5,000.00) masih terlalu kecil, dan hanya menerima bantuan tersebut pada hujung bulan ini. Cadangan Jawatankuasa adalah pemberian Bantuan One-Off Mesti dipercepatkan dan dinaikkan ke RM2,000.00 dan RM1,500.00 masing-masing.

2. Sebagaimana yang dicadangkan Oleh YB Lim Guan Eng kepada Yang- Di Pertuan Agong berkenaan Moratorium, Jawatankuasa ini mencadangkan Moratorium selama 3 bulan kepada golongan M40 wajar dilaksanakan, setakat ni hanya B40 sahaja yang diberikan, sedangkan M40 juga terjejas teruk.

3. Subsidi upah dilanjutkan ke 3 bulan, untuk bantu SME dan elakkan pekerja dibuang kerja sebagaimana saranan Kumpulan Majikan dan Pekerja.
(https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/321086).

4. Subsidi atau rebat TNB sebanyak 30% utk pengguna domestik kerana penggunaan di rumah akan bertambah.

5. MITI sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam memberikan kelulusan kepada jenis-jenis perniagaan yang layak beroperasi sepanjang PKP3.0. Telah berlaku insiden di mana terlalu banyak kelonggaran diberikan kepada pelbagai jenis perniagaan untuk beroperasi, iaitu lebih daripada 17 sektor yang dibenarkan.

Keadaan ini tidak membantu, malahan merencatkan usaha untuk melandaikan lengkuk pandemik Covid-19.

Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan:-
YB Hassan Abdul Karim, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus, Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Chong Chieng Jen, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Natrah Ismail, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Chan Foong Hin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Cha Kee Chin, Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Related Posts
crossmenuchevron-up