Carian
October 25, 2021

Pindaan Perlembagaan Bagi MA63 Wajar Diteruskan

Majlis Presiden Pakatan Harapan kecewa dan kesal dengan sikap Kerajaan yang telah menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kami difahamkan berdasarkan laporan media bahawa Rang Undang-Undang tersebut akan dibentang di Parlimen pada 26 Oktober, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan semestinya menyokong penuh usaha ini, yang merupakan kesinambungan usaha pimpinan Pakatan Harapan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh DS Anwar Ibrahim pada 2008, serta pendirian sdr Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang telah mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’.

Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)

Related Posts
crossmenuchevron-up