Carian
September 4, 2022

PN Tolak PH? Muhiyiddin Kaki Pusing Seperti Najib

Umum mengetahui beberapa hari lepas, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa Pakatan Harapan bekerjasama melawan Barisan Nasional pada PRU-15, tetapi sekarang beliau tukar skrip mengatakan PN sedia terima keputusan tolak PH.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Chua Wei Kiat bertanya kepada Muhyiddin selepas Najib masuk ke dalam penjara, adakah Muhyiddin ingin ambil alih kerja Najib sebagai kaki pusing di arena politik tanah air?

Najib dikenali sebagai kaki pusing di media sosial kerana kebolehan beliau memutarbelitkan segala fakta untuk menutup kekurangan atau kesilapannya, malahan para penyokong beliau akan menyokong secara membabi buta tanpa berfikir sama ada kenyataan tersebut betul atau tidak.

Kerjasama yang ditawarkan oleh PN telah ditolak mentah-mentah oleh PH, melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli telah membuat pengumuman bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan memutuskan tidak akan bekerjasama dengan PN serta menyatakan Pakatan Harapan perlu fokus membuat persiapan rapi bagi menghadapi PRU-15 nanti. Sikap Muhyiddin yang masih belum 'move on' berikutan ingin meneruskan kerjasama bersama PH menunjukkan keterdesakan dan ketidakyakinan PN dalam pilihan raya akan datang.

Muhyiddin dilapor berkata idea kerjasama PN dengan PH disuarakan kerana mahu menyelamatkan negara agar tidak terus terjerumus ke dalam kancah kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa dan berpendapat kepentingan negara lebih penting berbanding kepentingan parti.

Dalam pada itu, Chua yang juga ADUN Rawang menasihat Muhyiddin jangan hina kebijaksanaan rakyat, mereka mengetahui isu politik semasa di Malaysia, rakyat sangat faham kenapa idea PN mahu bekerjasama dengan PH akan timbul.

Hal ini kerana Muhyiddin bimbang dengan perkembangan politik yang tidak menguntung pihak PN, mereka mengetahui risiko kalah besar termasuk kerusi Pagoh yang dipegang oleh Muhyiddin, disebabkan sentimen rakyat menolak gabungan 'katak' ini semakin kuat.

Related Posts
crossmenuchevron-up