Program Insentif Pengeluaran Ayam Akan Meningkatkan Pengeluaran, Menurunkan Harga Ayam Di Pasaran

Program Insentif Pengeluaran Ayam Akan Meningkatkan Pengeluaran, Menurunkan Harga Ayam Di Pasaran

1.Perdana Menteri telah mengumumkan pengimportan ayam sejuk beku untuk menurunkan harga ayam. PM berkata ia akan mengimport 200 kontainer.

2.Walaupun pada asasnya pendekatan ini dinampak boleh mengawal kenaikan harga ayam, namun, pendekatan ini 1.Perdana Menteri telah mengumumkan pengimportan ayam sejuk beku untuk menurunkan harga ayam. PM berkata ia akan mengimport 200 kontainer.

2.Walaupun pada asasnya pendekatan ini dinampak boleh mengawal kenaikan harga ayam, namun, pendekatan ini akan membawa pelbagai implikasi juga.

3.Pertama sekali, ia membawa implikasi negatif kepada para penternak ayam yang sudah terkesan dengan kenaikan kos input makan haiwan atau dedak. Kos lain termasuk kekurangan pekerja telah menyebabkan cost of production meningkat. Kos pengeluaran negara lain lebih rendah kerana mereka berskala raksasa.

4.Pengimportan ayam sejuk beku yang berharga murah akan menyebabkan ramai penternak rugi besar dan terpaksa lingkup. Ini akan menjejaskan industri penternakan ayam negara pada jangka masa panjang.

5.Maka, pengimportan Ayam sejuk beku adalah “Short term gain, long term pain” bagi Malaysia.

6.Kedua, kebergantungan Malaysia kepada barangan makanan import akan menjadi lebih parah dan menjejaskan food security negara. Malaysia sekarang mengimport lebih RM50 billion makanan dari luar negara. Sikap “import lebih mudah” inilah yang menyebabkan industri pertanian negara selama ini tidak maju. Nasib rakyat pula terlalu bergantung kepada negara lain. Ini amat merbahaya.

7.Saya ingin menyeru kerajaan jangan mengamalkan cara short cut. Tetapi lebih tumpu kepada meningkatkan produktiviti dan menurunkan cost of production para penternak khususnya penternak ayam dalam isu ini.

8.Cadangan saya untuk jangka masa pendek, ialah memberikan insentif pengeluaran (output based subsidies) untuk para penternak, supaya mereka boleh meningkatkan produktiviti. Dengan peningkatan produktiviti, maka supply akan meningkat, maka harga akan turun.

9.Insentif pengeluaran padi telah lama dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran padi. Cara ini boleh diguna pakai untuk sektor pertanian seperti penternakan ayam.

10.Buat masa sekarang pengeluaran 1 bulan ayam adalah sebanyak 130,000 metrik tan.

11.Saya mencadangkan subsidi RM500 satu metrik tan diberikan kepada para penternak supaya mereka meningkatkan pengeluaran mereka. Kerajaan hanya perlu membelanja RM65 juta sebulan.

12.Insentif pengeluaran ini boleh dikaji balik selepas harga pasaran Kembali normal.

13.Pada jangka masa panjang, kerajaan harus membantu para penternak meningktkan produktiviti dengan transformasi daripada open house ke close house, mengurangkan kos input seperti dedak, pekerja, tanah dan utiliti.

14.Saya ingin menyeru Perdana Menteri jangan terlalu short sighted dalam isu kenaikan harga. Kerajaan harus menangani masalah ini dengan penyelesaian jangka masa panjang.
Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *