Rakyat Hilang Kerja YB PN Ramai Dua Kerja

Rakyat Hilang Kerja YB PN Ramai Dua Kerja

 

IMG_20200506_181645_811

 

RAKYAT HILANG KERJA, YB PN RAMAI DUA KERJA

 

Kecoh dulu bila rakyat merungut terpaksa melakukan dua kerja, Ahmad Maslan jawab dia ada tiga kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri dan Ketua Bahagian UMNO.

 

Sekarang nampak gayanya, ramai YB Perikatan Nasional pun dah dua kerja.

 

Sekarang bilangan Menteri 32 dan Timbalan Menteri 38 pada era PN berbanding Menteri 26 dan Timbalan Menteri 27 pada era Pakatan Harapan.

 

Hadi Awang dan Tiong King Sing masing-masing dilantik Duta Khas bertaraf Menteri ke Timur Tengah dan China.

 

Pada masa yang sama, 600,000 rakyat Malaysia dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia menganggur pada Mac lalu, kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Lebih menakutkan lagi, MEF anggarkan jumlah ini akan meningkat ke 1 juta orang.

 

2.8 juta lagi bekerja sendiri sebagai petani, nelayan, penjaja atau bekerja sendiri, yang sangat terjejas dengan PKP.

 

Ketika rakyat hidup dalam kesusahan lebih 80 Ahli Parlimen PN melakukan ‘dua kerja’. Sebahagiannya ada rekod yang tidak cantik. Kes rasuah. Kes politik wang.

 

Setiap Ahli Parlimen terima gaji sebulan RM16,000 dan elaun sebulan RM8,300.

 

Kalau yang jadi Menteri, selain gaji dan elaun Ahli Parlimen, mereka terima anggaran gaji Menteri RM13,000 (tak termasuk elaun).

 

Elaun di GLC berbeza-beza. Antara yang paling gembira tentulah Pengerusi TNB baru yang akan masuk pejabat esok, Mahdzir Khalid. Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun). Jadi pendapatan Mahdzir setahun akan mencecah RM1 juta!

 

Mungkin elok disenaraikan satu demi satu 80 Ahli Parlimen ini termasuk kelulusan mereka serta gaji dan elaun yang akan diterima. Sekurang-kurangnya, pengundi mereka akan tahu.

 

Nik Nazmi Nik Ahmad

Ahli Parlimen Setiawangsa


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *