Santhara Wajar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Atau Letak Jawatan

Santhara Wajar Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia Atau Letak Jawatan

Selepas meneliti penjelasan panjang lebar Timbalan Menteri Wilayah YB Dato Seri Dr. Santhara pagi tadi, saya menggesa beliau agar pulang ke tanah air dan memohon maaf kepada rakyat atau letak jawatan dengan serta-merta kerana gagal memikul amanah dan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat terutamanya dalam tempoh pelaksanaan darurat ini.

Dr. Santhara memberikan alasan peribadi dan peranan yang beliau perlu laksanakan sebagai bapa dan suami bagi mewajarkan cuti selama 55 hari beliau.

Namun, saya berasa kesal dengan sikap Dr. Santhara yang tidak langsung terfikir untuk memendekkan cuti beliau dan pulang ke Malaysia berganding bahu bersama dengan rakyat Malaysia memerangi wabak Covid-19 pada waktu yang sukar ini selepas pengisytiharan darurat yang dilaksanakan mulai 12 Januari 2021.

Pada masa sama, Kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin juga bertanggungjawab penuh terhadap petugas barisan hadapan yang tidak dapat menjalankan atau memainkan peranan mereka sebagai ibubapa, anak atau suami isteri dalam keluarga mereka.

Mereka berkorban masa dan tenaga bekerja bergilir-gilir secara berterusan dan mengorbankan masa dengan keluarga kerana memahami kepentingan tugasan mereka dalam memerangi Covid-19.

Persoalan di sini adalah adakah jawatan yang dipegang oleh Dr. Santhara penting dalam pasukan anggota pentadbiran sekarang? Secara mudahnya, jika beliau mampu menghilangkan diri begitu sahaja selama 55 hari dengan izin Perdana Menteri, adakah ini bermakna situasi darurat yang dicanangkan oleh kerajaan tidaklah setenat seperti yang digambarkan?

Tidak kira antara mana satu situasi Dr. Santhara berada sekarang, rakyat mempunyai hak untuk memantau keberkesanan usaha kerajaan dalam memerangi pandemik ini. Oleh itu, Dr. Santhara wajar meletakkan jawatan atau dipecat oleh PM demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketegasan kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.

Loh Ker Chean
Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *