Carian
November 30, 2020

SEIA Sekata Sehati Sejiwa

SEIA SEKATA SEHATI SEJIWA

 

1. Petang tadi berlangsung mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) yang dipengerusikan Ketua Wanita KEADILAN, YB Fuziah Salleh.

 

2. Dalam Mesyuarat tersebut, beliau menyambut baik dan mengucapkan tahniah kepada Ketua Wanita Negeri Selangor, YB Rodziah Ismail yang telah mencadangkan kepada Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri (MPN) Selangor untuk menterjemahkan sasaran minimum 30% wanita sebagai pembuat keputusan dalam hal perlantikan ahli majlis di Selangor dan cadangan tersebut dipersetujui oleh MPN Selangor dengan sebulat suara.

 

3. Beliau juga berharap agar negeri Selangor akan terus mengambil pendekatan yang sama dalam hal perlantikan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ketua kampung dan ketua masyarakat.

 

4. Selain itu, beliau menyeru bahawa negeri yang lain boleh menjadikan negeri Selangor sebagai teladan yang baik supaya mendorong penglibatan kaum wanita dalam barisan pimpinan dari semua peringkat.

 

5. Beliau menekankan bahawa beberapa sesi forum online tertutup yang telah berjaya diadakan sepanjang bulan ini telah memanfaatkan barisan pimpinan wanita KEADILAN dalam menguasai isu – isu sosial terkini yang memberi kesan yang semakin teruk kepada kesejahteraan rakyat akibat pandemik Covid-19. Usaha ini akan untuk terus mengupas isu-isu sosial bersama terutamanya keganasan rumahtangga, gangguan seksual, hal ehwal kanak-kanak, OKU dan tidak ketinggalan isu penuaan.

 

6. Penubuhan Jawatankuasa Pilihanraya Wanita Pusat ( JPRWP) juga telah dibentuk bagi mempersiapsediakan Wanita KEADILAN menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.

 

7. MPWP menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang Malaysia khususnya dalam situasi yang sangat mencabar ini bagi mengimbangi impak Belanjawan 2021 terhadap kesejahteraan rakyat dalam mendepani Pandemik ini. Selain itu, MPWP juga memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau untuk mempertahankan dan mengembalikan mandat rakyat PRU-14.

 

YB Nurin Aina

Setiausaha Wanita KEADILAN

Parti KEADILAN Rakyat

 

 

Related Posts
crossmenuchevron-up