Selamat Ulang Tahun KEADILAN Ke-22

Selamat Ulang Tahun KEADILAN Ke-22

Tanggal 4 April kita kembali mengingati sejarah wadah tercinta KEADILAN yang kini menjangkau usia 22 tahun.

Buat para pendukung gerakan reformasi, zaman derita dan kezaliman di masa lalu mesti terus menguatkan semangat dan tekad kita dalam memungkinkan perubahan.

Derita rakyat miskin dan yang melarat pelbagai kaum harus didepani dan disikapi dengan baik dan mesti berterusan.

Gerak kerja mesti dimantapkan, semangat mesti kuat, kesatuan mesti terus dipupuk dan jangan tergelincir dari idealisme perjuangan.

Kendatipun begitu, setiap perjuangan yang akan menang pasti menghadirkan kita dengan pendekar-pendekar jadian dan jagoan kesiangan.

Justeru, tekad murni kita dalam memungkinkan sebuah tatanan yang demokratik dan bertanggungjawab mesti terus menyala dan disemarakkan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk terus kekal di landasan ini dan terus menjadi jurubicara rakyat pelbagai kaum.

Bangkit dari fitnah nan kelam
Mengusir lelah segala duka
22 tahun menyalakan iltizam
Tegakkan Keadilan di bumi merdeka

Lama dicari teman berjuang
Tidak sekali mengubah haluan
Bukan kerana sanjungan dan wang
Tulus jiwa semangat pahlawan

ANWAR IBRAHIM


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *