Carian
October 31, 2021

Sesi Libaturus KEADILAN Dan Kumpulan Profesional

KEADILAN telah mengadakan perbincangan pada 30 Oktober lepas dengan sekumpulan 30 orang profesional yang berumur 20-40an di Ibu Pejabat kami.

Mereka terdiri daripada pemilik perniagaan, peguam, doktor, eksekutif korporat dan pelbagaikerjaya lain telah menghabiskan masa 90 minit berdiskusi dengan Presiden parti Anwar Ibrahim dan saya.

Turut terlibat ialah Bendahari KEADILAN, Lee Chean Chung dan Pengerusi Biro Profesional Belia KEADILAN, Seah Jhen Pei.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN untuk mendengar pendapat anak muda serta memahami aspirasi dan idea mereka tentang kaedah untuk memajukan negara.

Semasa sesi perbincangan, mereka membawa pelbagai isu kepada kami, termasuklah masalah gaji rendah dan integriti wakil rakyat.

Mereka juga mengetengahkan pandangan tentang bagaimana KEADILAN dan PH boleh kekal responsif terhadap kebimbangan utama pengundi Malaysia.

Kami memberi penekanan tentang komitmen yang tidak akan goyah terhadap agenda inklusif dan berasaskan reformasi; yang telah menyaksikan KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum paling berjaya dalam sejarah Malaysia.

Kami juga menekankan bahawa parti akan terus melibatkan orang ramai melalui acara fizikal dan dalam talian termasuk melalui aplikasi media sosial seperti Clubhouse dan Twitter Spaces pada masa hadapan.

Kami percaya acara seperti hari ini adalah satu kewajipan untuk parti politik seperti KEADILAN; untuk kita melihat keperluan rakyat dan mencari jalan dan cara untuk menegakkan kepentingan mereka.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA
PARTI KEADILAN RAKYAT

Related Posts
crossmenuchevron-up