Tak Perlu Ungkit Soal Zaman Dah Berlalu, Kewibawaan Anwar Rakyat Yang Tahu

Tak Perlu Ungkit Soal Zaman Dah Berlalu, Kewibawaan Anwar Rakyat Yang Tahu

Baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Mukhriz Mahathir bahawa zaman DS Anwar Ibrahim sudah berlalu dalam arena politik merupakan satu kenyataan yang agak tidak relevan langsung. Kenyataan ini mencermin sikap hipokrit dalam kepimpinan DS Mukhriz Mahathir secara jelas. Persoalan pertama, mengapa perlu bekerjasama sebagai parti komponen dengan gabungan PH semasa Pilihan Raya Umum yang ke-14 jika DS Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam kalangan rakyat?

Saya juga ingin bertanya, bila Tun Dr. Mahathir akan bersara dari dunia politik walaupun beliau sudah berumur lebih 96 tahun? Saya pasti DS Mukhriz akan ada jawapannya tersendiri.

Untuk pengetahuan, ramai juga mempersoalkan tentang potensi kepimpinan DS Mukhriz Mahathir apabila beliau diturunkan daripada jawatan sebagai MB Kedah sebanyak dua kali. Jadi adakah ia bermaksud zaman DS Mukhriz Mahathir sudah berlalu juga dalam kalangan rakyat?

Tambahan pula, parti Pejuang bukan pun parti komponen Pakatan Harapan, jadi tiada keperluan bagi beliau untuk risau tentang siapa calon Perdana Menteri PH jika membentuk kerajaan pada PRU-15 yang akan datang. Itu adalah perbincangan kolektif antara majlis pimpinan pusat PH, bukan parti Pejuang ataupun DS Mukhriz Mahathir.

Oleh yang demikian, saya minta bagi sesiapa yang ungkit tentang perkara seumpama untuk cakap biar dengan asasnya. Kita dapat lihat DS Anwar Ibrahim yang turun padang dikawasan yang dilanda banjir kilat tempoh hari dan mendengar sendiri keluhan dari mangsa-mangsa banjir. Ini yang dikatakan pemimpin yang melihat sendiri masalah rakyat, dan bukan sekadar lambai dari kenderaan.

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia tidak bersetuju dengan kenyataan yang bersifat hipokrit oleh DS Mukhriz Mahathir. AMK tetap akan berdiri teguh bersama DS Anwar Ibrahim kerana beliau merupakan pemimpin yang bertauliah dan tetap akan menjadi nakhoda perjuangan reformasi dan Malaysia masih memerlukan seorang pemimpin seperti beliau.

JESTIN RAJ SAVARIMUTHU
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *