Tangani Masalah Sosial Mahasiswa Pada Akarnya, Bukan Penubuhan Jawatankuasa

Tangani Masalah Sosial Mahasiswa Pada Akarnya, Bukan Penubuhan Jawatankuasa

Pendedahan isu statistik sugar baby dari kalangan pelajar Universiti yang mempunyai sugar daddy memanglah memeranjatkan. Isu ini seseolah di sembunyikan bagi melindungi orang-orang yang berkuasa dari sudut kewangan, kedudukan atau pangkat. Tiga kriteria inilah yang menjadi senjata utama sugar daddy mendapatkan sugar baby.

Kewangan kukuh seseorang sugar daddy lazimnya mampu mengaburi selain pilihan utama sugar baby. Kedudukan sugar daddy yang tinggi samada dalam hierarki masyarakat atau organisasi juga melindungi kebejatan sugar daddy seseolah ianya suatu kekebalan. Manakala pangkat seseorang sugar daddy turut menjadi perisai daripada sebarang pendedahan dan pembongkaran.

Justeru, umum seseolah meletakkan kesalahan itu pada sugar baby sahaja walhal sugar daddy yang rata-ratanya profesional, lebih dewasa dari segi usia, lebih waras dari segi akalnya, lebih pengalaman kerana telah berkeluarga mempunyai isteri dan anak-anak, lalu mengapa harus memilih ‘teman sosial’ yang adakalanya layak dipanggil sebagai anak atau adik yang matlamat akhirnya tidak jelas dan menjahanamkan.

Kajian atau penyelidikan terperinci mesti dilakukan dengan segera untuk mencari punca sebenar (root cause), faktor-faktor yang mendesak agar kita dapat temui strategi yang tepat untuk benar-benar menangani isu ini bukan hanya dengan penubuhan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mansor Othman yang dilihat pendekatan populis atau pendekatan yang hanya melepaskan batuk di tangga.

Mahasiswa/i seluruh negara adalah anak-anak kita dan mereka merupakan masa depan negara. Usia mereka melambangkan kedewasaan maka pendekatan haruslah seperti persahabatan bukan keanak-anakan. Kementeriaan mesti serius mencari solusi dan segera kembali fokus menjaga kebajikan pelajar Universiti.

YB Nurin Aina
Ahli Parlimen Merbok
Pembantu Jurucakap Parlimen (KEADILAN)
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *