TENGKU ZAFRUL LUPA RINGGIT TELAHPUN MEROSOT SELAMA 20 TAHUN BERTERUSAN

TENGKU ZAFRUL LUPA RINGGIT TELAHPUN MEROSOT SELAMA 20 TAHUN BERTERUSAN

Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul bahawa kerajaan tidak akan “terlalu fokus” kepada prestasi mata wang adalah membimbangkan dan tempang dari segi fakta.

Harus sedar bahawa Ringgit bukan merosot nilainya baru-baru ini. Ianya telah memulakan tren penurunan sejak 20 tahun lepas. Hari ini, Ringgit telah merosot sebanyak 32% berbanding dengan Singapore Dollar, 30% dengan China dan Thailand, 21% dengan Europah, dan 15% dengan US Dollar.

Maka boleh disimpulkan bahawa kejatuhan nilai mata wang Ringgit adalah satu tren jangka masa panjang yang berterusan. Persoalannya, mengapakah ini berlaku?

Salah satu sebab adalah kemerosotan Pelaburan Luar Langsung (FDI). Dari tahun 2000 hingga 2020, Malaysia hanya berjaya menarik 8% daripada jumlah FDI yang datang ke rantau ASEAN, berbanding dengan 24% sebelum tahun 1997. Sekarang, Singapura muncul sebagai penarik FDI terbesar dengan pengambilan 55% daripada jumlah FDI yang datang ke rantau ini.

Di samping itu, struktur eksport Malaysia juga tidak dinaiktarafkan. Dasar industrialisasi kita gagal mencetuskan pengesksportan barangan yang bernilai tinggi, sebaliknya terus bergantung kepada elektrik yang murah serta pekerja asing bergaji rendah. Ini telah mengakibatkan ekonomi kita lebih bergantung kepada komoditi: kelapa sawit, minyak dan gas sahaja. Dan kita sedar bahawa sektor yang tidak diperbaharui ini tidak mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik dalam 20 tahun yang akan datang.

Punca kepada semua ini adalah tadbir urus yang lemah, persekitaran perniagaan yang tidak memberangsangkan dan penuh dengan korupsi, serta kemimpinan yang tidak berkeupayaan.

Saya terkilan bahawa Tengku Zafrul sebagai seorang Menteri Kanan tidak sedar bahawa penurunan Ringgit adalah satu tren berterusan serta masalah struktur yang perlu ditangani oleh kerajaan. Beliau juga langsung tidak mengambil berat tentang kesusahan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat jelata sekarang akibat kenaikan harga barang yang berpunca daripada kejatuhan nilai mata wang Ringgit. Apabila ringgit merosot, rakyat terpaksa menggunakan lebih Ringgit untuk membeli barang keperluan yang perlu diimport seperti susu, daging lembu, koko, ubi kentang dan lain-lain. Maka sekiranya Tengku Zafrul tidak mengambil berat isu kejatuhan Ringgit, harga barang akan naik dan terus naik.

Saya hairan jika isu sebegini boleh difahami oleh seorang ADUN biasa, mengapakah menteri-menteri tidak faham? Jangan belum sampai musim tengkujuh, otak menteri-menteri UMNO/BN sudah masuk air!

YB Lee Chean Chung
Pengarah Komunikasi KEADILAN
ADUN Semambu


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *