Tingkatkan Biosekuriti Ladang Ternakan Khinzir, Hidup Semula Taskforce Perang ASF

Tingkatkan Biosekuriti Ladang Ternakan Khinzir, Hidup Semula Taskforce Perang ASF

Saya amat terkejut membaca laporan bahawa African Swine Fever (ASF), penyakit yang menjangkiti khinzir telah dikesan di daerah Pitas, Sabah.

Apabila Malaysia sedang memerangi virus COVID-19, kemasukan virus ASF ini menambah ancaman biosekuriti negara. Ini juga ancaman yang terbaru kepada industri khinzir sejak penularan Nipah Virus pada tahin 1998 yang melumpuhkan industri ini.

Maka saya menyeru kerajaan bertindak serius dan pantas, meningkatkan biosekuriti ladang-ladang dan meningkatkan ujian-ujian makmal kepada babi ladang dan babi hutan. Kerajaan juga harus membantu ladang-ladang khinzir dalam isu teknikal dan bantuan kewangan supaya mereka berupaya meningkatkan biosekuriti ladang mereka.

Dengan cara ini, Malaysia baru boleh mengelakkan malapetaka kepada industri khinzir seperti berlaku di China, Vietnam dan Filipina. Lebih kurang 10 Negara Asia seperti China, Vietnam, Korea dan sebagainya telah menjadi mangsa ASF.

Saya juga ingin menyeru Kerajaan hidup semula Taskforce African Swine Fever dengan kadar sekarang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan dipimpin oleh Ketua Pengarah DVS. Taskforce ini telah dimulakan oleh saya semasa zaman Kerajaan Pakatan Harapan.

Semasa zaman PH, kerajaan PH mengambil langkah inter-agencies approach untuk bersiap-siaga menghalang kemasukan virus tersebut. Agensi-agensi kerajaan yang terlibat termasuk DVS, MAQIS, Kastam Di-Raja, MoT, PDRM dan sebagainya.

Seawal 2019, DVS telah menjalankan simulasi lapangan melibatkan latihan dengan modul senario direka bagi menguji tahap kesiapsiagaan dalam membasmi penularan virus itu.

Sepanjang dua tahun, dari August 2018 (ASF mula tular di Asia) hingga Februari 2020 kerajaan PH berjaya menahan kemasukan ASF dengan kerja-kerja preventif yang sangat proaktif.

Saya menyeru kerajaan sekarang meningkatkan kesiap-siagaan seperti kerajaan terdahulu, walaupun mereka gagal membanteras kemasukan ASF.

Industri khinzir di Malaysia dianggar bernilai RM5 billion ringgit. Ia memenuhi permintaan 40% rakyat bukan Islam dalam Malaysia. Ia juga memenuhi 90% Self Sustainable Level (SSL) negara. Malaysia masih mengimport 10% daging khinzir dari negara Eropah dan negara lain.

Industri khinzir mempunyai rantaian nilai (value chain) yang lengkap dan mempunyai peluang pekerjaan yang sangat besar jumlahnya.

YB Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Jurucakap Parlimen Parti KEADILAN dalam isu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *