Turun Harga Siling Kit Ujian Kendiri Akhir Tahun Menunjuk Kerajaan Tidak Prihatin Masalah Rakyat

Turun Harga Siling Kit Ujian Kendiri Akhir Tahun Menunjuk Kerajaan Tidak Prihatin Masalah Rakyat

Pengumuman oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul bahawa kerajaan akan menurunkan lagi harga siling kit ujian kendiri RTK-Antigen hanya menjelang akhir tahun ini, membuktikan kerajaan sebenarnya tidak faham dan tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Malah keputusan ini bercanggah dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’.

Harga siling semasa RM19.90 masih terlalu tinggi dan membebankan rakyat, khususnya golongan B40. Malahan, golongan M40 juga menghadapi masalah kos yang sama.

Umum sedia maklum bahawa unit kit ujian kendiri ini merupakan kit pakai-buang bagi satu individu sahaja. Oleh itu, jika kita bayangkan sebuah keluarga B40 dengan 6 tanggungan, bermaksud mereka perlu membayar hampir RM120. Ini semestinya bukan jumlah yang kecil.

Keperluan dan permintaan untuk kit ujian kendiri ini amat tinggi pada masa kini dan ia akan terus meningkat, kerana ia merupakan kaedah yang paling cepat dan mudah untuk menyaring seseorang sama ada mereka telah dijangkiti virus Covid-19 atau sebaliknya.

Kit ini juga dijangka bakal menjadi keperluan asas dalam kehidupan harian kita selepas kita memasuki era endemik selepas ini.

Oleh itu, kerajaan berkewajiban untuk mengurangkan harga siling runcit kepada paras RM15 menjelang akhir bulan ini, dan seterusnya pada paras bawah RM10 pada akhir bulan Oktober.

Harga yang sewajarnya untuk kit ini pada masa depan ialah sekitar RM5.00 dan harga ini wajar diperkenalkan pada hujung bulan November.

Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan mencadangkan pengurangan harga secara berperingkat setelah mengambil kira keperluan masa untuk para pemborong & pekedai menghabiskan stok sedia ada.

MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

Ahli Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan:-

YB Hassan Abdul Karim (Ahli Parlimen Pasir Gudang, KEADILAN)
YB Datuk Hj Hasanuddin Mohd Yunus (Ahli Parlimen Hulu Langat, AMANAH)
YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, DAP)
YB Natrah Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)
YB Sivakumar Varatharaju Naidu (Ahli Parlimen Batu Gajah, DAP)
YB Norhayati Bachok (Ahli Dewan Undangan Negeri Maharani, AMANAH)
YB Chan Foong Hin (Ahli Parlimen Kota Kinabalu, DAP)
YB Asmirul Anuar Aris (Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, AMANAH)
YB Cha Kee Chin (Ahli Parlimen Rasah, DAP)


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/keadilanrakyat.org/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *