Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor

Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor

Kenyataan Media
13 June 2020

Wanita Keadilan Selangor Komited Meneruskan Agenda Reformasi Dan Pertahankan Kerajaan Selangor

Wanita Keadilan Selangor mengambil maklum keputusan YB Dr. Daroyah Binti Alwi yang juga Ketua Wanita Keadilan Selangor meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) sebentar tadi.

Keputusan itu sudah pun dijangka lebih awal oleh Wanita Keadilan Selangor dan kami telah bersiap sedia untuk meneruskan agenda reformasi seterusnya mempertahankan kerajaan negeri Selangor.

Wanita Keadilan akan terus memperkuatkan serta memperkukuhkan saff kepimpinan wanita dan usaha-usaha bersama mendepani Isu Rakyat menjadi agenda kami.

Pemimpin datang dan pergi namun matlamat tidak akan pernah goyang malah pimpinan sedia ada mempunyai kualiti dan kepimpinan yang teguh untuk terus memacu sayap ini kehadapan di bawah pentadbiran YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan YAB Dato’ Seri Amiruddin bin Shari di peringkat Pusat dan juga Negeri.

Kami ADUN Wanita Keadilan Selangor dan Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Negeri Selangor termasuk 18 Ketua Wanita Cabang di Selangor berikrar untuk terus kekal setia bersama Keadilan.

YB PN RODZIAH ISMAIL
AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN SELANGOR

YB PN JUWARIYA ZULFIKLI
ADUN BUKIT MELAWATI

YB PN ROZANA ZAINAL ABIDIN
ADUN PERMATANG

PN SANGETHA JAYAKUMAR
TIMBALAN KETUA WANITA SELANGOR

KETUA WANITA CABANG
P.093 – Sungai Besar
P.094 – Hulu Selangor
P.095 – Tanjong Karang
P.096 – Kuala Selangor
P.097 – Selayang
P.100 – Pandan
P.101 – Hulu Langat
P.102 – Bangi
P.103 – Puchong
P.105 – Petaling Jaya
P.106 – Damansara
P.107 – Sungai Buloh
P.108 – Shah Alam
P.109 – Kapar
P.110 – Klang
P.111 – Kota Raja
P.112 – Kuala Langat
P.113 – Sepang


Notice: compact(): Undefined variable: limits in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Notice: compact(): Undefined variable: groupby in /var/www/html/wp-includes/class-wp-comment-query.php on line 863

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *