Carian
September 29, 2024

Kenyataan Media SUA KEADILAN Atas Keputusan PRK DUN Mahkota

Tahniah kepada Yang Berhormat Saudara Syed Hussein atas kemenangan dengan majoriti sebanyak 20,648 undi. Sekaligus membayangkan sokongan pengundi di Mahkota kepada UMNO & Kerajaan Perpaduan. Tahniah juga kepada YAB Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.

Semangat kerjasama dan kebersamaan di antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang ditonjolkan oleh jentera parti yang giat berkempen, adalah hasil daripada keutuhan pimpinan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KEADILAN sentiasa mendengar suara rakyat yang telah disampaikan kepada barisan pimpinan oleh akar umbi semasa berkempen, dan akan terus komited dalam usaha reformasi negara demi kesejahteraan rakyat.

Rakyat mahukan kestabilan dan keharmonian negara dan keputusan majoriti besar di Mahkota kali ini menunjukkan kelangsungan reformasi minda pengundi Melayu yang menolak kempen negatif oleh Perikatan Nasional yang hanya mengundang perpecahan kerana rakyat sebaliknya mahukan perpaduan di kalangan masyarakat.

Semoga semangat perpaduan di antara BN dan PH akan berterusan demi menjamin kestabilan politik dan kemampanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.

Fuziah Salleh

Setiausaha Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up