Radio Pendidikan adalah teknologi kos murah yang telah mempamerkan impak positif bermula sejak awal tahun 1920 di seluruh dunia. Bahkan penggunaan siaran Radio Pendidikan telah digunakan semasa dilanda epidemik penyakit Polio pada sekitar tahun 1937 di Amerika Syarikat sebagai pembelajaran jarak jauh yang efektif.
Kini ianya telah mengalami evolusi dan dikenali sebagai Radio Pendidikan Interaktif (RPI). Ciri non-visual pada RPI menjadi kekuatan unik, kerana murid tidak dapat melihat visual yang menjadi topik perbincangan dan harus menumpukan sepenuh perhatian kepada mesej audio yangdisampaikan untuk mengimaginasi dan menghadam aspek pembelajaran yang diajar.
Tiada medium instruksional yang mempunyai keupayaan seperti RPI untuk stimulate and develop pemikiran abstrak murid di samping memperkaya dan mengaktifkan daya imaginasi murid.
Kajian oleh Education Development Center (EDC-US) bersama Bank Dunia (2019), menunjukkan RPI masih relevan dan diperlukan di challenging educational environments
(tanpa internet, tiada akses broadcasting dan terrestrial) terutamanya di negara dunia ketiga dengan prioriti utama di benua Afrika. Malah, di dalam mesyuarat Menteri-menteri
Pendidikan UNESCO secara dalam talian pada 29 Mac 2021 bertemakan “One year into COVID: Prioritizing education recovery to avoid a generational catastrophe” beberapa negara juga telah berkongsi pengalaman mereka mengenai keberkesanan penggunaan radio sebagai medium Pendidikan di samping medium digital yang lain. Antara negara yang
berjaya memanfaatkan penggunaan radio bagi rakyat yang tidak menikmati capaian internet mereka ialah Brazil.
Di dalam mesyuarat tersebut, Brazil telah berkongsi pengalaman mereka menggunakan campuran di antara Pendidikan digital, televisyen dan juga radio secara efisien dan efektif.
Hakikatnya, Pembelajaran menerusi siaran radio antara mekanisme yang patut digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) , khususnya bagi masyarakat di luar bandar dan kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengakui segelintir kawasan pedalaman dan luar bandar berdepan kekangan capaian internet serta jalur lebar pada
kadar mencukupi untuk mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian. “Kita ikut kesesuaian dan kekangan sedia ada bersandarkan faktor geografi, kemudahan serta
keberkesanan sesi pembelajaran,” katanya ketika dihubungi BH (Berita Harian, 15 Jun 2020).
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, mendedahkan statistik menerusi kajian kementerian yang menyaksikan 36.9 peratus murid di seluruh negara tidak mempunyai
sebarang peranti elektronik, sekali gus bakal merencatkan sesi pembelajaran secara dalam talian. Kajian membabitkan 670,000 ibu bapa dengan 900,000 murid itu turut merekodkan hanya 46 peratus mempunyai telefon pintar, komputer peribadi (enam peratus), tablet (5.67 peratus) dan komputer riba (sembilan peratus).
Mengambil kira faktor kekangan sedemikian, wujud cadangan supaya kementerian menggunakan Rancangan Radio Pendidikan (RRP) seperti di Sarawak, khususnya bagi murid yang berada di kawasan pedalaman dan luar bandar (Berita Harian, 20 Jun 2020).
Oleh kerana Malaysia belum mencapai kestabilan dalam content delivery network (CDN) untuk penyaluran ke seluruh negara melalui pelantar digital dan masih ada murid yang ketinggalan dalam akses kepada proses PdP mod maya ini, maka Radio Pendidikan perlu diberikan tumpuan kerana akses siaran radio di Malaysia melalui inisiatif Pendigitalan Penyiaran Nasional adalah 100 peratus dan lebih reliable (Berita Harian, November 14, 2019).
Tidak dinafikan bahawa kaedah pembelajaran berasaskan diatas talian internet tidak dapat dinikmati oleh ramai guru dan pelajar yang berada di kawasan yang tidak mempunyai capaian internet terutama yang berada di daerah-daerah kategori pedalaman dua ke atas di seluruh negara. Oleh itu, Kementerian Pendidikan memerlukan satu pelan tindakan pendidikan jangka panjang yang bertindak sebagai satu mekanisma bagi mengatasi masalah ini. Di samping kaedah pembelajaran berasaskan internet sedia ada, pihak KPM harus menyediakan satu platform yang lebih holistik bagi dinikmati semua guru dan pelajar.
Manakala di kawasan bandar dan mempunyai capaian internet sekali pun, ramai juga di kalangan pelajar yang tidak dapat mengikutinya ekoran kekangan tidak memiliki peralatan seperti komputer, komputer riba, gajet dan seumpamanya. Hakikat ini turut diakui sendiri oleh Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin dalam satu sidang media yang diadakan pada 15 September 2020.
Dalam ertikata lain, pembelajaran menerusi platform internet ini hanya dapat dinikmati berdasarkan demografi dan pemilikan peralatan pembelajaran yang sesuai.
Membimbangkan, keadaan ini akan menyebabkan pembelajaran pelajar di kawasan pedalaman dan kurang berkemampuan akan terus tercicir berbanding rakan-rakan mereka yang bernasib baik. Meskipun KPM telah melancarkan siaran TV Pendidikan melalui pihak swasta melalui slot berbayar airtime 17 jam setiap hari dengan jenama DidikTV yang
dilaksanakan oleh stesen TV NTV7 (Media Prima) sejak 16 Feb 2021, ianya tidak dapat berfungsi secara menyeluruh kepada setiap lapisan pelajar akibat slot siaran yang terhad dan kekangan infrastruktur.
Oleh itu, kami mewakili semua ahli parlimen di blok pembangkang menggesa agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Kementerian Komunikasi
dan Multimedia (KKMM):
1. Membuka semula siaran rancangan pendidikan melalui radio sebagai komplementasi kepada TV Pendidikan dan Pendidikan atas talian (PdPR);
2. Memperbanyakkan bahan Pendidikan berteraskan radio melalui BSTP dan jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk diberikan kepada stesen-stesen radio nasional dan
negeri samada awam mahupun swasta.
3. Mendapatkan Kerjasama syarikat telekomunikasi untuk membiayai rancangan-rancangan Pendidikan melalui radio demi Pendidikan anak-anak rentan dan mereka yang tidak mendapat capaian internet.
YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Teo Nie Ching, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
YB Datuk Dr Hasan Baharom, Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB DSP Wilfred Madius Tangau, Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO)
YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
YB Dato’ Wira Amiruddin Hamzah, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG)
YB Ahmad Hassan, Parti Warisan Sabah (WARISAN)