Carian
August 6, 2022

Menyikapi Sebuah Keputusan Yang Memilukan

1. Semalam saya dan beberapa orang pimpinan Wanita KEADILAN telah hadir ke Istana Kehakiman untuk memberikan sokongan kepada kumpulan Family Frontiers serta para ibu bapa dan kanak-kanak yang terkait dengan isu hak kewarganegaraan kanak-kanak ini yang dilahirkan di luar negara oleh ibu mereka yang merupakan warganegara Malaysia.

2. Keputusan majoriti 2-1 yang memihak kepada Kerajaan Malaysia adalah keputusan yang sangat memilukan secara emosinya. Ia menunjukkan bahawa Malaysia memerlukan komitmen yg lebih kuat serta iltizam politik yang jitu untuk merubah kedudukan undang-undang sedia ada.

3. Pastinya kekecewaan dan kepiluan yang meruntun perasaan kita semua pada hari ini sama sekali tidak dapat menandingi perasaan para ibu dan anak-anak yang terkesan langsung dengan keputusan ini.

4. Kes ini tidak akan berakhir di sini sahaja, ia mesti diteruskan sehingga peringkat tertinggi dan disusuli dengan kesungguhan iltizam politik yang berpegang kepada paksi keadilan, hak asasi dan hak fundamental kanak-kanak.

5. Malaysia harus segera menamatkan penderitaan ini dengan meminda Perlembagaan Persekutuan dan Advokasi berkaitan hak asasi ibu dan kanak-kanak ini mesti terus dipergiatkan!

Fadhlina Sidek
Ahli Dewan Negara
Ketua Wanita KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up