Kenyataan Media Biro Politik KEADILAN

Kenyataan Media Biro Politik KEADILAN

KENYATAAN MEDIA

Biro Politik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat berkala malam tadi, dan telah membincangkan beberapa isu, khusus berkait terorisme dan SOSMA.

Pendirian KEADILAN mengenai isu keganasan konsisten, di mana parti tegas menentang sebarang bentuk terorisme.

Pada masa yang sama, KEADILAN tidak bersetuju dengan peruntukan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara, dan tidak bersetuju dengan penggunaan undang-undang drakonian termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA. KEADILAN berpendirian bahawa beberapa peruntukan dalam SOSMA perlu dipinda untuk menyelaraskan undang-undang tersebut dengan prinsip hak asasi manusia sejagat yang diperjuang KEADILAN selama ini.

KEADILAN turut memohon agar pihak Polis Di-Raja Malaysia menjelaskan senarai terkini organisasi atau fahaman yang ditakrif sebagai teroris, agar orang ramai tahu, sedar serta mengelak dari terlibat dalam sebarang bentuk dengan organisasi-organisasi atau fahaman-fahaman tersebut.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

1 November 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *