KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
1 OGOS 2019
Kelmarin di Dewan Negara, YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid mencadangkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi kaum lelaki daripada tergoda dan terjebak dengan jenayah seperti rogol.
Ingin saya jelaskan bahawa KEADILAN menolak cadangan tersebut kerana ia dilihat tidak munasabah dan menghina golongan wanita.
Cadangan tersebut juga memberi gambaran bahawa golongan lelaki tidak bermoral dan mudah tergoda hingga boleh terlibat dengan perbuatan keji.
Adalah lebih molek sekiranya kita memfokuskan terhadap agenda memartabatkan wanita dengan memperkasa undang-undang dalam menolak sebarang serangan seksual terhadap mereka.
Oleh yang demikian, saya meminta supaya YB Senator Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menarik balik cadangan tersebut.
ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT