Carian
May 31, 2020

Kenyataan Majlis Pimpinan Pusat

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

 

31 Mei 2020

 

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN hari ini telah mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan beberapa isu mutakhir termasuk berkenaan usaha membendung penularan wabak Covid-19 serta kesan terhadap masyarakat serta ekonomi negara.

 

Memandangkan kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang amat meluas termasuk terhadap pendapatan dan pekerjaan, MPP akan mengusahakan penggubalan dasar-dasar terutama berhubung penempatan semula tenaga kerja (redeployment of labour), usaha memangkin pertumbuhan bagi sektor-sektor ekonomi yang paling terjejas atau yang berpotensi tinggi, penyelesaian masalah akses pendidikan, serta perkara-perkara lain yang melibatkan pertumbuhan ekonomi dan kepentingan rakyat.

 

MPP turut menyatakan pendirian parti untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan terutama di dalam langkah-langkah berkait peralihan kuasa KEADILAN akan terus bersama Pakatan Harapan.

 

Fahmi Fadzil

Pengarah Komunikasi KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up