KENYATAAN MEDIA RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026-2035
Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 membuka peluang penting untuk mentransformasikan lan...
Ketahui Lebih Lanjut

KEADILAN mengambil maklum atas perkembangan terkini bahawa Portal berita Malaysiakini didenda RM500,000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.
Denda ini mesti dibayar dalam tempoh tiga hari bekerja, iaitu selewat-lewatnya pada Rabu, 24 Februari. Sebagai tanda solidariti, KEADILAN akan menyumbang RM20,000 dalam tabung pembayaran denda.
KEADILAN menyeru kepada seluruh rakyat untuk menyokong kempen membayar denda Malaysiakini sebagai usaha mempertahankan kebebasan media dan hak bersuara.
YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN