Saya ingin menyeru Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk bertindak segera melarang sebarang Pengimportan khinzir dan produk khinzir dari Sabah ke Semenanjung.
Selepas 4 hari wabak ASF dikesan di Sabah, saya amat hairan mengapa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan masih belum bertindak cepat menghalang Pengimportan ke Semenanjung.
Semalam, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah melarang pengimportan khinzir dan produk khinzir dari Sabah ke Sarawak ekoran pengesanan wabak African Swine Fever (ASF) di Sabah.
Selepas satu tahun menangani pandemik Covid-19, kita sepatutnya sudah tahu mengapa kita perlu isolate kawasan wabak. Wabak ASF juga sejenis pandemik yang memerlukan tindakan cekap dan pantas untuk menghalang sebarang penularan.
Tindakan larangan adalah sangat diperlukan untuk mengelakkan penularan ASF ke Semenanjung Malaysia. Larangan ini akan mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjual daging yang jatuh harga (kerana pandemik) ke Semenanjung, Samada daging itu tercemar dengan ASF atau tidak.
Industri khinzir di Malaysia bernilai lebih kurang RM5 bilion dan memenuhi 90% SSL (Self Sustainable Level) atau pasaran domestik Malaysia. Ia merupakan industri yang besar dalam sektor pertanian.
Jika penularan wabak ASF ke Semenanjung Malaysia, ia mungkin menyebabkan Industri lumpuh seperti berlaku pada tahun 1998, semasa wabak Nipah Virus merebak.
Ribuan penternak dan pekerja akan mengalami kerugian dan kehilangan pekerjaan jika wabak ASF melanda Semenanjung.
Maka, saya mohon perhatian yang serius daripada Menteri MAFI dan tindakan segera dilaksanakan.
YB Sim Tze Tzin
MP Bayan Baru
Jurucakap Parlimen Parti KEADILAN (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan)