Carian
April 19, 2021

Meneliti Kesilapan Mengapa GRAB Bernilai RM160 Bilion Meninggalkan Malaysia

Susulan daripada platform E-hailing dan penghantaran makanan yang terbesar di Asia Tenggara mengumumkan rancangannya untuk disenaraikan di bursa Amerika Syarikat dengan harga pasarannya yang mungkin mencecah AS$ 40 bilion (bersamaan dengan RM 160 bilion), saya menyeru agar Kerajaan perlu meneliti dan mengkaji semula punca dan sebab utama mengapa syarikat teknologi ini yang asalnya ditubuhkan di Malaysia ini akhirnya bertapak di Singapura.

Kebanyakkan negara-negara asing berpendapat bahawa Grab merupakan syarikat Singapura. Namun hakikatnya adalah, pada permulaannya Grab beroperasi di Malaysia dengan mengguna nama perniagaan yang lain iaitu MyTeksi. Namun, ibu pejabatnya telah berpindah ke Singapura sejak tahun 2014.

Kenapa Kerajaan Malaysia gagal mempertahan atau mengekalkan syarikat berteknologi yang berjaya di Asia Tenggara pada permulaan? Berdasarkan laporan majalah perniagaan 《Finance Asia》, syarikat tersebut memilih untuk memindah tapak dari Malaysia ke Singapura adalah disebabkan masalah undang-undang dan peraturan untuk pengumpulan modal antarabangsa di Malaysia, manakala Singapura memberi insentif dan diskaun dari segi cukai serta lebih mampu menarik modal antarabangsa.

Saya beranggapan bahawa kegagalan Malaysia untuk membentuk dan membangun syarikat teknologi Unicorn ini (umumnya disebut sebagai syarikat yang bernilai lebih daripada AS$ 1 bilion) merupakan tamparan besar dan kegagalan untuk negara kita.

MyTeksi (nama asal Grab) merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh warganegara Malaysia pada tahun 2012, malahan nama perniagaan tersebut mempunyai tanda Malaysia (MY) tetapi ia berpindah ke Singapura selepas dua tahun penubuhannya. Ia menimbulkan keraguan orang awam terhadap keupayaan dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan dan Perindustrian serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam merangka perkembangan ekonomi dan penggubalan dasar yang sesuai untuk kerjasama. Sehingga ke hari ini, Kerajaan masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan kehilangan atau kerugian tersebut kepada orang awam. Yang meragukan juga adalah, adakah kita akan mengakui kesilapan kita dan mengambil pelajaran terhadap insiden ini?

Negara kita bukan sahaja kehilangan syarikat Grab, malahan pengasas dan pengerusi syarikat tersebut Anthony Tan juga telah menjadi warganegara Singapura pada tahun 2016. Ia merupakan tamparan besar kepada organisasi-organisasi yang sering bekerja keras untuk menarik warganegara Malaysia yang berbakat untuk kembali berkhidmat di Malaysia, seperti Talent Corp. Jika kita gagal mengekalkan syarikat dan bakat yang berjaya di Malaysia, bagaimanakah negara kita dapat memperolehi modal dan bakat lagi?

Syaa mendesak Kerajaan Perikatan Nasional untuk memberikan laporan terperinci berkenaan dengan kes ini, dengan melakukan juga tinjauan komprehensif dan penambahbaikan dalam menarik pelaburan asing, menarik bakat, mekanisme inkubasi, ekosistem modal teroka dan dasar teknologi kita.

Alasan yang paling senang digunakan oleh Kerajaan sebelum ini adalah menyalahkan bakat-bakat tidak bersikap patriotik dan memainkan sentimen perkauman. Persaingan disebabkan faktor globalisasi hanya akan bertambah sengit dan dunia tidak akan memberi kita sebarang ruang untuk kelalaian dan saling menyalahi. Rakyat Malaysia perlu bersatu dan bekerjasama untuk menjadi lebih kompetitif dan membangun pada masa pandemik Covid-19 ini. Persoalannya, adalah kerajaan kita sudah bersiap sedia dari segi fikiran dan tindakan mereka?

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN
ADUN Semambu

Related Posts
crossmenuchevron-up