Carian
April 28, 2021

JAS Menolak Permohonan Lynas Bina Tapak Sisa Kekal (PDF) Adalah Kemenangan Rakyat

Kami menyambut baik keputusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menolak permohonan Lynas untuk membina sebuah Tapak Sisa Kekal (PDF) di Bukit Ketam, Hulu Sungai Kuantan. Ini merupakan satu kemenangan ribuan rakyat yang telah menyuarakan bantahan mereka terhadap tapak tersebut sejak beberapa bulan ini.

Seperti maklum balas yang disediakan oleh JAS Pahang kepada ADUN Semambu YB Lee Chean Chung sebelum ini, wujudnya Sungai Ara yang berada di tapak tersebut dan akan mengalir ke Sungai Riau sebelum mengalir ke Sungai Kuantan yang merupakan sumber air untuk Loji Rawatan Semambu. Loji ini melibatkan 781,100 akaun pengguna dan projek ini berisiko menjejaskan kualiti sumber bekalan air semasa peringkat kerja tanah, pembinaan dan operasi. Penolakan ini menunjukkan bahawa tapak tersebut adalah tidak sesuai dan selamat.

Selain itu, walaupun tapak tersebut terbatal yang menjadi keperluan untuk menyimpan sisa radioaktif Lynas, sebaliknya ia telah mengesahkan bahawa sisa radioaktif, khususnya sisa Water Leach Purification (WLP) adalah amat bahaya dan akan memudaratkan kesihatan manusia. Terbukti semua jaminan bahawa sisa radioaktif Lynas adalah selamat dan pujukan daripada pihak terbabit bahawa sisa tersebut boleh dikitar semula sebagai baja CondiSoil merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat.

Sekarang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) perlu memperjelaskan langkah seterus mereka. Ke manakah sisa tersebut akan disimpan? Bilakah cadangan seterusnya akan dibuat? Kami turut meminta JAS supaya menetapkan satu tarikh akhir kepada LAMP untuk mengemukakan cadangan alternatif bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan rakyat jelata. Memandangkan masa sudah tidak mencukupi, LAMP perlu membuat pengumuman secepat mungkin.

Hj Zuraidi Ismail
Pengurus Hal Ehwal Indera Mahkota, Parti Keadian Rakyat

YB Lee Chean Chung
ADUN Semambu

Chan Chun Kuang
Penyelaras DUN Semambu, Parti Keadilan Rakyat

Saifulzaman bin Mahmood
Penyelaras DUN Beserah, Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up