Saya ingin mengucapkan selamat Hari Kebebasan Media Sedunia. Kebebasan berekpresi dan media merupakan elemenpenting dalam demokrasi. Media berfungsi sebagai pihak yang mengkritik dan melaporkan apa yang berlaku di dalam negara kita.
Kebebasan media harus dihargai dan terus dipertahankan; memberikan intidimasi dan tekanan kepada pihak media hanya menyebabkan amalan demokrasi kita - yang sedang tergantung - akan menjadi lebih buruk.
Pada bulan lepas, Malaysia jatuh 18 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun lepas. Kedudukan ini merupakan mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun. Malaysia jatuh dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini, Malaysia kini terletak di antara Congo (118) dan Nigeria (120).
Baru-baru ini, seorang penyampai berita dari Astro Awani dikatakan akan disiasat berhubung pandangan 'otak di lutut' yang dilemparkannya apabila melaporkan ada peniaga kecil di Kelantan dikompaun RM50,000. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, saya percaya ada banyak hal yang lebih penting perlu disiasat.
Sekali lagi, selamat Hari Kebebasan Media Sedunia. Terima kasih warga media, teruskan bekerja untuk menjadikan Malaysia lebih baik.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI PARLIMEN SETIAWANGSA