Carian
October 6, 2021

PH Mustahak Keluar Dari MOU jika Kerajaan Tidak Ambil Peduli Pandora Papers

Pakatan Harapan mustahak keluar dari Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan jika Kerajaan YAB Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan berikut:-

1. Membenarkan Parlimen membahaskan Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pendedahan oleh Pandora Papers tentang berbilion ringgit Malaysia disimpan secara rahsia di British Virgin Islands dan lain-lain Pusat kewangan luar pesisir oleh 1500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh-tokoh politik Dan korporat serta anak-anak Dan isteri mereka, yang dianggarkan RM1.8 trillion dari tahun 2004 hingga 2014;

2.Membentuk segera Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut; Dan

3.Mengambil tindakan segera dengan menggunakan kuasa perundangan Malaysia yang ada supaya Wang dan modal milik Rakyat Malaysia yang tersimpan dalam akaun-akaun rahsia tersebut yang menyalahi undang-undang Malaysia dirampas Dan dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang

Related Posts
crossmenuchevron-up