Carian
February 18, 2022

Rundingan MUDA-KEADILAN

Saya telah teliti kenyataan oleh Presiden MUDA hari ini.

Suka saya sebutkan sekali lagi bahawa siri rundingan bersama MUDA telah dilakukan beberapa kali dengan secara jujur dan terbuka dalam semangat kebersamaan pembangkang di Johor.

Namun tiga kerusi yang ditawarkan oleh KEADILAN telah ditolak dan MUDA masih menuntut kerusi yang lain daripada tawaran. Ia turut menjadi sulit apabila kerusi yang “dituntut” merupakan kerusi bandar dan campuran yang tidak mudah dicatur tanpa mengambil kira kekuatan yang ada pada KEADILAN. Justeru, rundingan tidak dapat diteruskan.

Sebagai anggota komponen PH, KEADILAN tetap berpegang kepada muafakat bersama rakan-rakan yang menekankan kesetiakawanan tanpa ugutan atau ancaman.

Sejak pembangkang bersama, sama ada semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat atau PH, semangat ini tetap dipegang tanpa pertindihan kerusi demi pembelaan rakyat dan masa depan negara.

Janganlah dicemari semangat tersebut demi tuntutan semata-mata. Tumpulah kepada kerusi yang ditandingi untuk membela rakyat dan membawa masa depan serta maruah Johor dan rakyatnya.

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Johor
Parti Keadilan Rakyat

Related Posts
crossmenuchevron-up