Carian
February 22, 2022

Menolak PN Dan BN Yang Tidak Konsisten Dalam Melawan Korupsi

KEADILAN menggesa UMNO/BN dan BERSATU/PAS supaya berhenti berlakon atas siapa tokoh yang lebih suci dan tidak korup.

Ambil isu saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki sebagai contoh, setakat ini tiada sebarang tindakan yang diambil, maka BN/ PN tidak perlu hipokrit kononnya tolak korupsi. PN dan BN sentiasa bisu dalam isu ini, slogan Keluarga Malaysia ternyata hanya retorik untuk menutup kegagalan kerajaan .

Bagi KEADILAN, jelas kedua-dua barisan ini adalah sama. UMNO/BN adalah sinonim dengan penyelewengan dan budaya korupsi selama 60 tahun ini. Tidak kira kluster Mahkamah ataupun kluster yang lain, virusnya tetap sama.

Tambahan pula, kedua-dua blok ini sebahagian kerajaan yang gagal menguruskan pandemik tahun lepas dan terus terjerumus dalam perperangan dalaman. Adakah rakyat boleh terus menaruhkan harapan kepada mereka? Tidak.

Dalam PRN Johor KEADILAN menawarkan dasar dan menampilkan pimpinan yang jelas menolak budaya korupsi. Berbeza dengan parti-parti lain, tiada seorang pun pemimpin KEADILAN pada hari ini yang dibicara di mahkamah soal korupsi.

Selama 23 tahun perjuangan, KEADILAN masih konsisten memperjuangkan politik bersih dan telus melalui reformasi institusi dan kesedaran awam.

Maka atas semangat ini KEADILAN melancarkan kutipan dana sempena PRN Johor. Kemeja T yang dilancarkan ini terisi dengen tulisan “Tolak Korupsi” dalam pelbagai Bahasa. Bagi yang ingin menyumbang derma boleh disampaikan kepada akaun Parti Keadilan Rakyat (Hong Leong Bank: 19901000076).

Johor Bangkit, Sokong KEADILAN!

YB Lee Chean Chung
Bendahari Agung KEADILAN

Related Posts
crossmenuchevron-up