
Mesyuarat Pertama Biro Politik Parti Keadilan Rakyat Sesi 2025/2028
Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat bagi sesi 2025/2028 telah diadakan buat julung ka...
Ketahui Lebih Lanjut
Saya ambil maklum lontaran cabaran debat dari mantan Perdana Menteri, Datoโ Seri Najib Razak.
Sikap saya jelas dan tidak berganjak sejak lebih 10 tahun lalu di mana saya pernah melontarkan cabaran yang serupa kepada beliau tapi tidak bersahut.
Beliau kini memilih mencabar saya di awal bulan Ramadan setelah gagal menjawab sanggahan saudara Rafizi Ramli mengenai kemelut โbail-outโ Sapura dalam keadaan rakyat miskin dan para peniaga kecil yang tidak terbela.
Memetik pantun pendekar Melayu:
Tuan Puteri pergi ke Lukut,
Bawa pulang kacang panjang,
Sedikit pun hamba tak takut,
Kalau berani turun gelanggang.
Saya bersedia untuk berdepan dan berdebat demi negara dan rakyat pada bila-bila masa dengan Datoโ Seri Najib Razak.
ANWAR IBRAHIM