KENYATAAN MEDIA RANCANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (RPM) 2026-2035
Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 membuka peluang penting untuk mentransformasikan lan...
Ketahui Lebih Lanjut

Saya meneliti laporan terkait Mahkamah Perancis yang mendakwa syarikat aset pertahanan, Thales kerana terbabit dalam skandal rasuah transaksi penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002.
Kes ini berlangsung dan dibicarakan di Paris, Perancis, dan pihak berkuasa Malaysia seolah ambil ringan dan aspek keadilan nampaknya tidak menjadi isu besar untuk disegerakan.
Saya mendesak agar kerajaan dan pihak terlibat untuk segera menyatakan pendirian dan menjelaskan bagaimana watak-watak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia.
ANWAR IBRAHIM