Carian
May 25, 2022

Kematian Siswi UUM

Saya mengambil maklum mengenai kematian mahasiswa tahun keempat perakaunan bernama S Vinosiny yang berusia 20 tahun di Universiti Utara Malaysia. Menurut laporan yang beredar di media, beliau disyaki meninggal dunia akibat renjatan eletrik.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang berhubung kematian tersebut. Semoga keluarga mendiang diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian yang besar ini. Saya juga ingin melahirkan simpati dan turut berdukacita di atas pemergian mendiang dan berharap mendiang bersemadi dengan aman.

Saya memahami kegelisahan dan keluhan bapa mendiang, En R Sivakumar mengenai cara UUM mengendalikan maklumat dan ketelusan berkenaan sebab kematian anaknya. Sebagai seorang bapa, beliau berhak untuk mendapatkan penjelasan mengenai punca renjatan eletrik tersebut, kerana jika ia berpunca akibat masalah infrastruktur di universiti, sudah tentu beliau tidak mahu peristiwa tersbeut berulang kepada siswa yang lain.

Saya berharap pihak UUM dan KPT dapat mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung kematian S Vinosiny, dan dapat memberikan penjelasan terperinci yang memuaskan berhubung kematian mendiang kepada keluarga mendiang dan juga kepada umum.

Saya turut memberi perhatian dan bersetuju terhadap apa yang disuarakan oleh wakil pelajar dari SPF UUM yang meminta pihak UUM supaya mendedahkan perincian berkenaan insiden tersebut bagi mengelakkan spekulasi dalam kalangan mahasiswa.

Saya menggesa agar pihak UUM mengambil tindakan yang sewajarnya.

YB Dr Maszlee Malik
Ahli Parlimen Simpang Renggam (P151)

Related Posts
crossmenuchevron-up