Saya ikuti perkembangan perhimpunan aman oleh para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Tugu Negara hari ini.
Ternyata mereka ini tiada pilihan lain untuk menegakkan hak mereka dan beberapa perkara lain selepas gagal mendapat tumpuan Kementerian Pertahanan.
Isu ini juga sudah beberapa kali saya dan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH) bawa di Parlimen dan hari ini sekali lagi saya mendesak Menteri Pertahanan untuk segera ambil tindakan terkait perkara ini.
Usah abaikan suara golongan Veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita.
ANWAR IBRAHIM