Carian
June 15, 2022

WANITA KEADILAN MEMBANTAH TINDAKAN PIHAK PENGANJUR PERAYAAN GAWAI PDP & PBB YANG TIDAK MENGHORMATI BUDAYA PERAYAAN GAWAI DAYAK DAN MENJAGA MARTABAT WANITA

Wanita KEADILAN Sarawak mengambil maklum sebuah video yang tular di media sosial dan aplikasi ‘Whatsapp’ video bertarikh 11 Jun 2022 berdurasi hampir 3 minit memaparkan anak gadis menari berpakaian separuh bogel dengan gaya yang tidak sopan dan berunsur seksual di majlis tersebut.

Wanita Keadilan Sarawak terkilan dan membantah sekerasnya keputusan pihak penganjur menyajikan persembahan sedemikan yang tiada kaitan dengan budaya Dayak di majlis Sambutan Hari Gawai Dayak 2022.

Tindakan pihak penganjur tidak menghormati kaum wanita kerana menjadikan wanita sebagai objek hiburan kaum lelaki.

Penganjur Parti Demokratik Progresif N53 Bawang Assan dan PBB Zon Tengah yang dihadiri oleh YB Tiong Thai King Duta Khas Perdana Menteri Malaysia- China dan YB Annuar bin Rapaee Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak seharusnya malu dan sewajarnya segera menghentikan persembahan tarian seksi terutamanya ketika merayakan sambutan tradisi kaum terbesar di Negeri ini.

Wanita Keadilan Sarawak kesal dengan tindakan penganjur yang tidak sensitif dengan budaya dan adat kaum Dayak, khususnya di Sarawak. Di mana kedua-dua jemputan kenamaan yang hadir adalah berasal dari Sarawak. Ini adalah satu penghinaan dan merendahkan martabah kaum hawa sekaligus mencemarkan tradisi adat komuniti Dayak dan menjadikan Wanita objek seksual.

Semua Ketua Wanita Cabang Keadilan Sarawak sebulat suara menyeru penganjur dan pemimpin negeri ini untuk segera hentikan objektifikasi terhadap wanita dan segera hentikan tarian berunsur seksual di acara rasmi perayaan Gawai dan perayaan lain.

Objektifikasi dan seksualisasi kanak-kanak perempuan dan wanita seumpama ini mengundang tarikan negatif dan menjurus kepada keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Anak gadis harus ditampilkan dengan adab tatasula kesopanan sejajar dengan budaya Malaysia.

Penganjur dan kerajaan GPS harus menghormati dan menjaga martabat wanita serta peka dengan sensitiviti perayaan dan menghormati adab dan tradisi kaum Dayak.

WANITA KEADILAN NEGERI SARAWAK

Related Posts
crossmenuchevron-up