Carian
July 20, 2022

Isu Banjir Baling: Menteri Besar PAS Kedah Lembab, Perlu Tindakan Segera 

Banjir di sekitar Kampung Iboi, Baling pada 4 Julai telah menyebabkan 3 orang kehilangan nyawa dan lebih 800 penduduk terjejas. Semalam berlaku lagi banjir kilat di kawasan Baling dan sebelum ini banjir yang teruk di Yan dan sekitar Gunung Jerai pada tahun lepas.

Sehingga kini Menteri Besar Kedah belum umum tindakan yang akan diambil bagi mencegah insiden banjir yang disebabkan oleh punca kepala air ulang berlaku di tempat yang sama dan kawasan lain.

Kenyataan Menteri Besar Kedah Dato Seri Sanusi juga saling bercanggah sejak mengambil jawatan tersebut pada tahun 2020.

Pada Feb 2021, MB Kedah kata banjir di Baling disebabkan oleh projek Musang King dan pada Julai 2020 sudah hentikan projek tanaman durian di Gunung Inas. Tetapi apa yang telah dihentikan dan tindakan semasa itu?

Akan tetapi selepas banjir pada 4 Julai 2022, MB Kedah buat tinjauan menggunakan helikopter menyatakan punca banjir bukan disebabkan oleh ladang Musang King dan tandak air takungan tanaman durian itu tidak pecah.

18 Julai Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengesahkan punca banjir di beberapa kampung di Baling, disebabkan kolam takungan yang dibina di Projek tanaman durian Musang King di puncak Gunung Inas pecah. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan MB Kedah. Selepas itu, MB telah akur dengan keputusan laporan KASA.

Pendirian dan pandangan MB Kedah berputar-belit tentang punca banjir dan kebenaran penanaman pokok durian di kawasan hutan simpan.

Berikut adalah persoalan MB harus jawab secara umum:

1. Apa pendirian Sanusi tentang projek pembalakan ladang hutan(ladang Sejahtera) yang dimulakan pada zaman pemerintahan bekas MB Kedah dari Parti PAS Almarhum Ust Azizan Abdul Razak? Adakah cara pembalakan projek ladang hutan yang gondol hutan dengan cara "cuci mangkuk" yang menyebabkan banjir?

Saya berpendirian cara pembalakan ladang hutan adalah tidak sesuai dan tidak boleh diteruskan. Penanaman semula di semua tempat sepatutnya dijalankan segera.

2. Apakah pendirian tentang penanaman pokok spesis durian termasuk Musang King di kawasan hutan simpanan? Projek ladang durian yang dimulakan oleh bekas MB Kedah dari BN Umno Ahmad Bashah ini patut dibenarkan atau ditolak?Adakah projek ladang durian ini adalah punca banjir? Kawasan hutan mana lagi telah diberi kelulusan penanaman durian selain Gunung Inas? Berapa keluasan yang terlibat?

Ramai penduduk rasa bimbang selepas kejadian di Baling. Penduduk di kawasan Sik, Padang Terap, Kulim, Bandar Baharu turut risau sebab kawasan mereka juga ada Gunung dan hutan yang terlibat dengan pembalakan.

MB Kedah perlu bertindak segera dengan cara yang berkesan supaya kejadian sedih ini tidak berulang lagi. Kerugian yang ditanggung oleh rakyat ini jauh lebih besar daripada keuntungan pembalakan dan projek tanaman durian.

Simon Ooi Tze Min
Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ketua Cabang KEADILAN Sungai Petani
ADUN Bakar Arang, Kedah

Related Posts
crossmenuchevron-up