Kenyataan Bersama Berkenaan Dakwaan Tun Dr Mahathir Berkait Isu Pulau Batu Puteh
Kami ingin merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad terkait syor daripada Laporan Suruhanjaya...
Ketahui Lebih Lanjut
Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam mesyuarat bulanan semalam telah membuat beberapa ketetapan penting sebagai langkah persiapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15:
1. Dalam menghadapi PRU15, Pakatan Harapan akan memberi fokus kepada usaha konsolidasi bagi memperkukuh Pakatan Harapan itu sendiri;
2. Pakatan Harapan akan bertanding dengan satu logo, iaitu logo Pakatan Harapan. Satu reka bentuk baharu logo tersebut juga akan dipertimbang bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU15.
DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Anthony Loke Siew Fook
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
DSP Wilfred Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)