Carian
September 24, 2022

MENTERI KANAN PENDIDIKAN GAGAL MENYELAMI ISU SEBENAR PENDIDIKAN

JKPPH telah mendengar dan meneliti ucapan Menteri Kanan Pendidikan di dalam acara Wadah Asprirasi Menteri Kanan Pendidikan pada 23 September 2022.

Sambil menekuni dua usaha iaitu menambah pengambilan guru dengan skala besar dan mempermudahkan urusan pertukaran guru dalam sistem sedia ada dilihat sebagai pencapaian membanggakan yang telah dilakukan oleh Menteri Kanan Pendidikan dan pasukannya, JKPPH beranggapan ada banyak masalah utama yang berlaku dalam sistem pendidikan gagal diselesaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan.

Antara isu utama yang mengakar dalam pendidikan adalah pemansuhan UPSR dan PT3 yang beralih kepada Pentaskiran Berasaskan Bilik Darjah(PBD). Ternyata sehingga hari ini arah tuju yang ditetapkan oleh KPM masih kabur dan merencatkan proses pendidikan di sekolah.

Malah melemahkan motivasi murid. Selain itu, guru-guru yang terus dibebani tugas bukan mengajar yang semakin bertambah masih belum diatasi oleh pihak KPM sedangkan isu ini sering dibangkitkan oleh guru-guru. Isu ini wajar diselesaikan segera oleh guru-guru memandangkan tekanan yang dihadapi oleh guru-guru boleh melemahkan prestasi guru ketika mengajar. Akhirnya, menjadi agenda utama JKPPH bahawa semua murid layak dan harus mendapat pendidikan yang sewajarnya, namun KPM masih berdiam diri dan tiada sebarang perancangan besar untuk mengatasi keciciran murid dalam pendidikan.

Justeru JKPPH beranggapan Menteri Kanan Pendidikan gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan sedangkan hampir kesemua masalah yang dibangkitkan oleh JKPPH sedang diselesaikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan ketika itu pada tahun 2018 sehingga 2020.

'Pendidikan Untuk Semua'
JAWATANKUASA PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN

Related Posts
crossmenuchevron-up