Carian
June 3, 2021

Kelemahan Kerajaan PN Meletakkan Nyawa Rakyat Dalam Bahaya

1. Saya merasa sungguh terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar pada Hari ini bila melihat angka korban covid19 semakin meningat saban Hari. Semalam jumlah rakyat yg telah terkorban adalah 126 orang Menjadikan keseluruhan jumlah 2,993 orang Sejak pandemik covid19 melanda. Jumlah itu belum diambil Kira kematian akibat tekanan pandemik seperti kematian secara membunuh diri dan penderaan. Tidak lupa jugà kematian penunggang motosikal penghantar makanan Yang jumlahnya Hampir 3ribu orang.

2. Sejak perintah darurat diumumkan 12jan21 yg lepas kadar kematian rakyat Malaysia akibat jangkitan covid19 bertambah dari 555 ke 2,993 orang. Membawa peningkatan sebanyak 539.3%

3. Rakyat ingin tahu di mana kesungguhan kerajaan PN mengambil langkah untuk melandaikan keluk covid-19 ini apabila banyak tindakan dan keputusan Yang kurang bijak Dan lemah diambil. Kenaikan kes jangkitan covid19 dan kadar kematian rakyat yg tinggi meresahkan rakyat yang ternyata dalam keadaan Yang serba salah. Mereka terperangkap antara hidup dan mati.

4. Berita Yang diterima dari Malaysian insight semalam ternyata keresahan rakyat ada kebenarannya. Menurut WHO Yang dilaporkan oleh Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, saintis membuat jangkaan kadar kematian rakyat Malaysia akàn mencecah 26,000 orang dalam tempoh 3 bulan. Unjuran ini dikaji melalui data jangkitan covid19 dan kadar kematian.
Ada baiknya kerajaan mengambil hasil kajian dari who ini untuk menetapkan dasar dan langkah yang boleh diambil bagi mengelak wabak ini berlarutan dan mengorbankan lebih banyak nyawa rakyat.

5. Kadar jangkitan covid19 terhadap kanak2 jugà sangat membimbangkan. Menurut laporan KKM jumlah kanak2 yg dijangkiti dari Umur 0-17 tahun adalah 82,341 orang.

6. Apa Yang boleh rakyat harapkan dari kerajaan PN yg lemah dengan arahan perintah kawalan pergerakan yang berkecamuk dan celaru.?Ternyata perintah darurat yg diumumkan oleh PM tidak membawa Kebaikan malah kadar jangkitan covid19 bertambah sebanyak 448,941 membawa Kenaikan sebanyak 424.8% .

7. Saya antara jutaan rakyat marhein Yang memerhati gerak geri kerajaan. Kita tidak perlukan kepakaran Yang tinggi untuk menilai kredibiliti kerajaan ini. Cukup sahaja dengan angka kes positive covid-19. Dengan adanya perintah darurat ini parlimen tidak dibuka maka tiada solusi Yang dapat diketengahkan

8. Keadaan tambah memburuk. Sebut saja sektor apa.... Pendidikan, ekonomi, Kesihatan dan lain-lain.. Masalah bertimpa-timpa dan membelit rakyat dari hujung kaki hingga hujung kepala. Kadar Kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Pengangguran, hilang punca pendapatan dan berbagai lagi derita rakyat yang membawa kepada pertambahan kadar kemurungan rakyat yg sudah mencecah setengah juta orang. Kadar bunuh diri jugà bertambah 20% berbanding tahun 2019. saya merasa sangat sedih apabila mendapat berita ada rakyat yang mengambil keputusan membunuh diri kerana tidak dapat menanggung tekanan tersebut. Berlegar jugà di dada akhbar seorang ibu nekad membunuh diri bersama anak2. Tidakkah 70 orang Menteri punya hati membiarkan semua ini berlaku?

9. Hari ini Hari ketiga perintah kawalan pergerakan. Rakyat sekali lagi dikurung di rumah sendiri. Tetapi sektor pengilangan pula dibuka . Arahan gila apakah ini? Di sini di kurung tetapi dalam Masa Yang sama sektor pengilangan dibenarkan beroperasi. Lupakah kerajaan tentang cluster kilang yg meledak di awal perintah darurat.?
10. Kerajaan PN harus sedar dan cepat belajar. Rakyat makin sengsara. Di Sana sini rakyat menangis hilang anggota keluarga, meninggal akibat covid19. Bukan sedikit Yang masih tercari-cari sesuap rezki untuk keluarga. Kelemahan kerajaan mengatasi tekanan pandemik ini meletakkn rakyat dalam bahaya. Berapa ramai yang masih dirawat di wad icu.. Petugas-petugas hospital jugà sudah letih dan lelah. Mereka menggadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan nyawa orang lain. Berapa ramai lagi nyawa rakyat akàn terkorban? Parlimen mesti dibuka segera agar kerajaan boleh belajar bagaimana menguruskan pandemik. Jika 70 orang Menteri Yang ada tidak boleh berfungsi , Saya percaya Kita mempunyai lebih ramai ahli parlimen yang mempunyai idea bernas yang boleh digunapakai.

Sekian
Puan Junaida Jamaludin
Ketua wanita keadilan Perak
Ahli Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Perak
Ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Malaysia

Related Posts
crossmenuchevron-up